Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine bernilai RM1 juta ke negara ini dalam dua kes berasingan melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan klia2 baru-baru ini.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Thulosy berkata dalam kes pertama pada 4 Januari, pegawainya di KLIA menahan dua wanita warga India yang baru tiba dari Chennai.
Kedua-dua suspek, yang juga merupakan adik-beradik berusia 30 dan 31 tahun, didapati menyorokkan dadah seberat 10.5 kilogram di dalam bekas bedak dianggar bernilai RM735,000.
Pada 11 Januari pula, seorang lelaki yang tiba di klia2 dari Thirucirapally, India ditahan bersama dadah seberat 5.2 kilogram bernilai RM364,000 yang disorokkan ke dalam alat peralatan dapur.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
"Kesemua suspek ini berkemungkinan keldai yang beroperasi bersama sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
"Kami akan bekerjasama dengan pihak polis bagi menangani penyeludupdan dadah ke Malaysia dengan lebih berkesan, kerana kalau sekadar menangkap keldai ini, ia tidak akan menyelesaikan masalah," ujar Subromaniam.
Sementara itu, Subromaniam memaklumkan, JKDM KLIA juga berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup 1,020 dolar Taiwan bernilai RM136,504 yang disembunyikan dalam anak patung beruang, semalam.
Astro Awani
Fri Jan 19 2018

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. - Astro AWANI

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AirAsia teruskan penerbangan ke Chennai, tiada pembatalan setakat ini
Syarikat penerbangan tambang rendah itu memberitahu ahawa kesemua penerbangannya yang dijadualkan pada hari ini, diteruskan.

14 maut kejadian banjir di Tamil Nadu
Beberapa daerah lain turut dalam keadaan berjaga-jaga sebagai persediaan menghadapi air deras dari Teluk Bengal.

Pelakon popular India, Vivek dimasukkan ke hospital, keadaan kritikal
Pelakon popular India, Vivekanandan atau lebih dikenali sebagai Vivek dimasukkan ke Hospital SIMS di Chennai selepas diserang sakit jantung dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Beratus-ratus rakyat Malaysia yang terkandas di India akan dibawa pulang
Satu penerbangan dari Tiruchirappalli di Tamil Nadu dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur pada Rabu malam dengan membawa sejumlah 181 orang.

Ceritalah India: Air sekarang lebih mahal daripada petrol
Hari ini, bandar raya itu menderita dengan kemarau yang tidak dijangka: Akibat daripada lebih 200 hari tanpa hujan. Empat empangan utama Chennai kini kering kontang.

Baru seminggu dipenjara, 'Raja Tose' meninggal dunia akibat kegagalan jantung
Taikun restoran tose India yang dikenali sebagai dosa king meninggal dunia di hospital akibat kegagalan jantung seminggu selepas dia memulakan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh.

Tidak dapat telefon bimbit di hari lahir, remaja nekad bunuh dan bakar diri
Gara-gara kecewa tidak menerima hadiah telefon bimbit daripada bapanya, seorang pelajar nekad membunuh dengan membakar dirinya di rumah mereka di GKM, Colony, Kolathur Chennai.

Kanak-kanak tiga tahun 'derma' rambut untuk pesakit kanser
Seorang kanak-kanak lelaki mempunyai hati yang besar dan mulia apabila sanggup menggondolkan kepalanya demi membantu mangsa kanser.

Pemimpin politik veteran Tamil Nadu Karunanidhi meninggal dunia
Karunanidhi, yang terlibat dalam politik selama tujuh dekad, meninggalkan dua isteri dan enam anak.

Suspek rogol tiru cara doktor tenangkan pesakit
Polis berkata, suspek yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital, belajar menggunakan ubat pelali itu ketika melihat ia digunakan bagi menenangkan wanita bersalin.