KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan meningkatkan pemantauan bagi membanteras kegiatan penyeludupan dilakukan segelintir penduduk yang menetap di sepanjang 103 kilometer (km) Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand.
Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata hasil risikan dan kes-kes yang diperoleh, aktiviti penyeludupan berlaku hanya dalam skala kecil, namun terdapat peningkatan kekerapan aktiviti terbabit yang dilakukan sebagai mata pencarian.
"Jumlah penyeludupan semakin berkurangan disebabkan kekerapan pemantauan oleh agensi penguatkuasaan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Am dan Polis Diraja Malaysia setiap 24 jam.
"JKDM Kelantan sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan dan pemantauan di sepanjang sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan termasuk di tiga laluan sah di Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor," katanya.
Wan Jamal berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini mengenai "Legasi Keluarga Penyeludup di Kelantan" terutama penduduk di sekitar Sungai Golok di daerah Rantau Panjang yang memilih untuk bekerja sebagai penyeludup secara turun-temurun hingga tiga generasi.
Wan Jamal berkata tindakan tegas dan pendakwaan mahkamah akan dilaksanakan bagi mereka yang didapati bersalah.
"Kita juga tidak akan sesekali berkompromi dengan aktiviti penyeludupan dan kepada sesiapa yang telah melakukan kesalahan akan diambil tindakan mengikut undang-undang.
"Orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan serta dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti ini," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata sepanjang Sungai Golok terdapat lebih 140 pangkalan haram yang merupakan laluan tidak sah untuk berulang-alik, malah kebanyakan penduduk di kedua-dua negara ini mempunyai pertalian kekeluargaan antara satu sama lain.
Menurutnya, penduduk yang mendiami di sepanjang Sungai Golok kebanyakannya merupakan pemilik asal tanah di situ dan terdapat premis yang dibina di atas tanah persendirian berhampiran Sungai Golok menyukarkan agensi membuat serbuan dan pemantauan.
Katanya, penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Terdapat lebih 140 pangkalan haram yang merupakan laluan tidak sah untuk berulang-alik di sepanjang Sungai Golok. - Gambar hiasan
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga sungai utama Kelantan pada paras berjaga-jaga - JPS
Tiga sungai utama di Kelantan dicatatkan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat 1 tengah hari ini.
Paras air Sungai Semerak, Pasir Puteh catat bacaan peringkat amaran pagi ini - JPS
Bacaan paras Sungai Semerak di Pasir Puteh dicatatkan berada pada paras amaran setinggi 2.47 meter sehingga 8 pagi ini.
PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk ke Golok
Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi Sungai Golok menggunakan laluan tidak diwartakan.
KPM siasat pelajar Thailand rentas Sungai Golok bersekolah di Malaysia
KPM menyiasat laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Cadangan pembinaan tembok: Kelantan perlu hampir RM450 juta kos pengambilan tanah - MB
Kerajaan Kelantan memerlukan kira-kira RM445.748 juta bagi kos pengambilan balik tanah di kawasan yang terlibat dalam cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand.
Kelantan tidak campur tangan siasatan enam rakyat Malaysia miliki dadah di Thailand
Mohamed Fadzli Hassan berkata kes berkenaan diharap dapat menjadi pengajaran buat semua kerana ia membabitkan individu dikenali ramai.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Diesel diseludup dari Malaysia dijual berleluasa di Sungai Golok
Perbezaan harga runcit petrol dan diesel yang ketara antara Malaysia dengan negara Thailand, menyebabkan bahan api itu terus menjadi sasaran penyeludup.
Penyeludup lari tinggalkan 26 ekor lembu
Penyeludup terbabit meninggalkan sebanyak 26 ekor lembu dianggarkan bernilai RM130,000.
Hampir 300 PATI ditahan sejak Januari hingga Ogos - PGA
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 296 pendatang tanpa izin (PATI) menerusi Op Taring Wawasan yang dijalankan sejak Januari hingga 31 Ogos lepas.