KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup 2.5 juta batang rokok yang ditinggalkan dalam sebuah lori di tepi Jalan Kuala Kemasin, Bachok, Selasa lepas.
Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata hasil intipan pada 1 pagi, pihaknya menemukan rokok putih berjenama itu disyaki diseludup masuk melalui jalan laut di dalam sebuah lori lima tan.
"Siasatan mendapati kesemua rokok itu dianggarkan bernilai RM208,000 di pasaran tempatan manakala jumlah cukai terlibat adalah sebanyak RM1,736,800," katanya pada sidang media di pejabat JKDM di sini, hari ini.
Beliau berkata siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 diteruskan bagi mengesan pemilik rokok serta lori yang ditinggalkan.
Wan Jamal Abdul Salam berkata modus operandi penyeludup adalah menggunakan laluan laut di pesisir pantai bagi membawa rokok sebelum dimuatkan ke dalam lori untuk diedarkan kepada pelanggan di pasaran tempatan.
"Kesemua rokok disyaki dibawa dari Vietnam dan kita tidak menolak kemungkinan pembabitan nelayan asing dalam kegiatan tersebut, namun setakat ini tidak mempunyai maklumat yang jelas.
"Berdasarkan jumlah rokok yang banyak berkemungkinan ia akan dibawa ke Lembah Klang untuk dipasarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
JKDM menemukan rokok putih berjenama itu disyaki diseludup masuk melalui jalan laut di dalam sebuah lori lima tan. - Gambar/ Sinar Harian
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
ESSCOM patahkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM870,000
ESSCOM menahan dua warga asing dan mematahkan cubaan menyeludup rokok membabitkan nilai anggaran selepas cukai sebanyak RM871,854.40.
SPRM tahan pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah RM120,000
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 4 petang dalam operasi yang dijalankan oleh SPRM di Pekan Keningau.
Lima lelaki seludup rokok RM750,000 ditahan
Kesemua mereka berusia di antara 27 dan 59 tahun itu ditahan menerusi Op Kontraban pada jam 3.45 pagi dan 3.30 petang pada Sabtu.
PDRM tumpas sindiket seludup rokok, minuman keras bernilai lebih RM36 juta
Kesemua suspek direman di IPD Kajang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.
Kastam Kelantan patah cubaan seludup 2.5 juta batang rokok dari Vietnam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup 2.5 juta batang rokok yang ditinggalkan dalam sebuah lori di tepi Jalan Kuala Kemasin, Bachok, Selasa lepas.
Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan rokok selepas menahan seorang pemandu lori dan merampas rokok bernilai lebih RM1.5 juta.
Polis tahan empat lelaki dipercayai Ah Long, seludup rokok
Polis turut merampas wang tunai lebih RM86,000 dan 600 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM34,200.
Polis tahan dua lelaki seludup rokok bernilai RM300,000
Hasil soal siasat, seorang daripada suspek telah membawa polis ke sebuah lagi premis di Jalan Klang Lama, di sini.
Pemandu lori diupah RM1,500 bawa rokok seludup bernilai lebih RM3 juta
Suspek ditahan bersama 333 kotak berisi karton rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM3 juta di Kilometer 55.2 Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur.
Polis Marin Johor pintas cubaan seludup rokok guna kapal kargo
Pasukan Polis Marin Johor berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dipercayai antara yang terbesar di negara ini dengan anggaran rampasan bernilai RM52 juta.