ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menafikan dakwaan bahawa kakitangannya tidak efisien dalam menjalankan tugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, baru-baru ini.
Pengarahnya Misbahudin Parmin berkata setakat ini tiada aduan diterima pegawai penguat kuasa jabatan itu membabitkan kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas, seperti yang tular di media sosial.
Beliau berkata siasatan telah dijalankan dan video tular itu didapati merujuk kepada kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertindak melakukan pemeriksaan pasport sebelum ke kawasan pemeriksaan barang JKDM.
"Merujuk kepada satu video tular melalui sebuah aplikasi perkongsian video yang ditujukan kepada pegawai kastam di KSAB, kejadian itu didapati berlaku di Bus Terminal Import di kompleks berkenaan.
"Bagaimanapun, JKDM dan JIM merupakan dua organisasi signifikan khususnya dalam mengawasi pintu keluar dan masuk negara, namun peranan utama dan tugasan kedua-dua agensi penguatkuasaan ini adalah berbeza," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan JKDM dengan melayari laman web www.customs.gov.my.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 18 saat di aplikasi TikTok yang memaparkan berlaku kesesakan di CIQ KSAB berserta kapsyen yang mempersoalkan kapasiti petugas kastam di kaunter.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
![Kastam Johor nafi dakwaan kakitangan tidak efisien di CIQ KSAB Kastam Johor nafi dakwaan kakitangan tidak efisien di CIQ KSAB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681483107_CIQJohor.jpg)
Misbahudin berkata setakat ini tiada aduan diterima pegawai penguat kuasa jabatan itu membabitkan kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas, seperti yang tular di media sosial.- Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720424903_OperasiDarat.jpg)
Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Kastam Kelantan merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup dianggarkan bernilai RM2.1 juta dalam operasi darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lepas.
![JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719811153_NorlelaIsmail.jpg)
JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA
Jabatan Kastam merampas kira-kira 30 kilogram dadah bernilai RM3.2 juta dalam dua operasi di KLIA.
![Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan suspek terlibat.
![Penyeludup lepaskan tembakan ke arah anggota JKDM Kelantan Penyeludup lepaskan tembakan ke arah anggota JKDM Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710916800_TBWANJAMALABDUL.jpg)
Penyeludup lepaskan tembakan ke arah anggota JKDM Kelantan
Seorang penyeludup lelaki telah melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota JKDM Kelantan, ketika operasi penguatkuasaan membanteras penyeludupan petrol dan diesel di Tumpat, pada Rabu.
![Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717750240_SPRM.jpg)
Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman
Tujuh individu termasuk pengarah syarikat dan tiga penguat kuasa ditahan reman tiga hari sehingga Ahad ini kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang.
![Tiga lagi anggota kastam didakwa terima rasuah Tiga lagi anggota kastam didakwa terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717647789_KastamRasuah.jpg)
Tiga lagi anggota kastam didakwa terima rasuah
Tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,150.
![Kastam rampas alat mainan seks bernilai RM2.04 juta Kastam rampas alat mainan seks bernilai RM2.04 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649867701_TBKASTAMjpg.jpg)
Kastam rampas alat mainan seks bernilai RM2.04 juta
JKDM menjalankan serbuan menerusi Ops Publika di gudang yang dipercayai telah beroperasi tiga tahun itu pada 1 tengah hari hasil maklumat risikan dan aduan awam.
![Op Samba 2.0: Dua pegawai kastam didakwa 14 pertuduhan rasuah Op Samba 2.0: Dua pegawai kastam didakwa 14 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717498053_tbsprmkastamops.jpg)
Op Samba 2.0: Dua pegawai kastam didakwa 14 pertuduhan rasuah
Dua pembantu penguasa Jabatan Kastam dihadapkan berhadapan 14 pertuduhan menerima rasuah RM12,500 antara tahun 2017 dan 2023.
![Op Samba: 23 anggota dan pegawai kastam akan dituduh Op Samba: 23 anggota dan pegawai kastam akan dituduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716457904_tbOpsSambaSPRM.jpg)
Op Samba: 23 anggota dan pegawai kastam akan dituduh
SPRM memaklumkan setakat ini dua pegawai kastam telah dituduh di mahkamah selepas ditahan menerusi Op Samba 2.0.