KOTA BHARU: Pasangan kembar dari Gunong, Bachok memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan bagi memudahkan mereka menjaga bapa yang tidak sihat selepas terkena serangan jantung.
Muhammad Shakir Azmi dan Muhammad Shamin Azmi, 25, yang sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur pulang ke Kelantan pada Januari lalu untuk membantu ibu mengurus keperluan bapa mereka, Azmi Ibrahim, 57.
Muhammad Shakir berkata, mereka mengambil tanggungjawab itu kerana adik-beradik lain tidak berada di Kelantan selain mempunyai komitmen sendiri.
"Kami tidak terikat dengan masa bekerja dan akan terus pulang jika menerima panggilan dari rumah.
"Bekerja sebagai penghantar makanan juga memudahkan kami bergegas ke rumah jika ada kecemasan," katanya ketika ditemui di pekarangan restoran makanan segera di Kubang Kerian pada Jumaat.
Anak ketiga daripada tujuh beradik itu juga memberitahu, setakat ini, pekerjaan sebagai penghantar makanan sahaja yang sesuai dengan mereka kerana bebas memilih waktu bekerja.
Dia juga bersyukur kerana kesihatan bapanya kini bertambah baik tetapi masih tidak boleh melakukan kerja-kerja berat.
Berkongsi cerita, kembar seiras itu memberitahu, sebelum ini mereka belajar di Sekolah Menengah Batu Muda di Sentul, Kuala Lumpur kerana bapa bekerja di sana.
Katanya, selepas tamat sekolah mereka kemudian mengambil keputusan bekerja sebagai penghantar barang dengan sebuah syarikat penghantar barang.
Kedua-dua beradik itu tidak pernah berpisah jauh kerana lebih selesa bersama terutama ketika bekerja.
Sementara itu, Muhammad Shamin berkata, buat masa ini mereka tidak mementingkan pendapatan kerana lebih utama ialah kesihatan bapa dan ibunya, Norzelin Mohd Noor, 51.
"Syukur kerana keadaan ayah bertambah baik dan kami akan bergilir-gilir pulang jika ada keperluan di rumah," katanya. - Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/282798/edisi/kelantan/kasih-si-kembar-pilih-jadi-penghantar-makanan-demi-jaga-bapa
Sinar Harian
Fri Oct 06 2023
Muhammad Shakir (depan) bersama Muhammad Shamin memilih bekerja sebagai penghantar makanan untuk menjaga bapa mereka. - Gambar/ Sinar Harian
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Lelaki tikam dua beranak hingga maut direman tujuh hari
Seorang lelaki yang menikam dua beranak sehingga maut dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Ayer Itam direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Pegawai kadet didakwa tekap seterika di tubuh pelatih junior
Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.
[TERKINI] Vivy, Fadza beri keterangan lebih lima jam ke SPRM
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk direkod keterangan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lazzarini seru tindakan antarabangsa tarik balik pengharaman UNRWA
Ketua UNRWA memberi amaran bahawa jutaan rakyat Palestin akan terjerumus ke dalam huru-hara jika PBB tidak campur tangan untuk menghentikan undang-undang Israel yang melarang operasi agensi itu.
Op Favish: Pengasas FashionValet, Vivy dan suami beri keterangan lebih lima jam
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lima jam memberi keterangan hari ini.
Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam direman tujuh hari.
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kasih si kembar, pilih jadi penghantar makanan demi jaga bapa sakit
Pasangan kembar dari Gunong, Bachok memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan bagi memudahkan mereka menjaga bapa yang tidak sihat selepas terkena serangan jantung.