KEPALA BATAS: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyasarkan untuk membina 10,000 kilometer (km) denai sepanjang sungai bagi program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) menjelang 2030.
Lima daripada DSK terbabit dilaksanakan di Pulau Pinang sehingga hujung tahun ini dengan DSK Sungai Muda di Permatang Bendahari, Penaga, dekat sini, sebagai projek perintis.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman berkata, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program DSK di seluruh negara dengan Pulau Pinang menerima RM900,000 melalui peruntukan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).
"Program DSK berteraskan alam semula jadi bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat setempat mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar terutama sungai.
"Kita mensasarkan 10,000 kilometer denai untuk program DSK di seluruh negara dan kini baru mencapai 30 peratus," katanya selepas Majlis Perasmian DSK @ Sungai Muda di Permatang Bendahari, hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Mohd Yusni Mat Piah dan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Sabri Abdul Mulok.
Sehingga kini, sebanyak 295 denai merangkumi 671.1 kilometer (km) panjang di seluruh Malaysia didaftarkan di bawah program DSK dengan Pulau Pinang mempunyai 37 denai sepanjang 71.4 km.
Sementara itu, menurut Mansor, pihaknya mengalu-alukan kerjasama Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (Lekas), sektor swasta dan komuniti setempat untuk turut serta menjaga kebersihan sungai kerana ia sumber air utama selain untuk kepentingan generasi akan datang.
"DSK Sungai Muda sepanjang empat kilometer (Fasa 1) misalnya memberi manfaat kepada komuniti setempat seperti Permatang Bendahari, Bakau Tua, Pulau Mertajam dan Kuala Muda.
"Penduduk boleh memanfaatkan denai di sepanjang sungai berkenaan untuk beriadah dan menjalankan kegiatan sosial," katanya.
Zulfa Mohamad
Fri Sep 02 2022
Program DSK berteraskan alam semula jadi bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat setempat mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar terutama sungai. - Gambar hiasan/ Bernama
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.
Presiden baharu Lubnan gesa dasar pertahanan menyeluruh, dialog dengan Syria
Joseph Aoun ajak semua pihak bincang dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Willie Walsh berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
JPS bina tiga DSK di Melaka libatkan peruntukan RM1.5 juta
Pembinaan DSK itu bertujuan untuk memelihara dan memulihara sungai, selain mengatasi masalah banjir.
NRECC sasar bina 10,000km Denai Sungai Kebangsaan menjelang 2030
Nik Nazmi berkata, bagi tahun ini pihaknya menyasarkan pembinaan 1,000km DSK.
KASA sasar bina Denai Sungai Kebangsaan sepanjang 10,000 km
KASA menyasarkan untuk membina 10,000 kilometer (km) denai sepanjang sungai bagi program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) menjelang 2030.