PASIR MAS: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan RM100,000 sebagai tindakan segera bagi menangani berlakunya hakisan tanah lebih serius susulan kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampiran Dataran Air Muleh, di Kampung Pohon Celagi, di sini, Rabu lepas.
Timbalan menterinya Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata wang bantuan awal itu digunakan untuk membeli kanvas kalis air bagi menutup sepanjang 200 meter tebing sungai yang telah runtuh di lokasi kejadian.
"Pihak KASA perlu mengambil dua langkah drastik, pertama dengan menutup kawasan tebing sungai yang telah runtuh dengan kanvas kalis air untuk hindar atau menyekat satu hakisan yang lebih serius," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian, di sini, semalam.
Sementara langkah kedua, Ahmad Masrizal berkata pihak KASA melalui Jabatan Pengairan Saliran (JPS) akan menjalankan satu kajian forensik berhubung pengurusan tebingan sungai sepanjang dua kilometer di tebing sungai berkenaan.
"Selepas dibuat perbincangan maka, kerja baik pulih kawasan ini perlu dibuat dengan lebih sistematik. Maka satu kajian forensik pengurusan tebingan ini perlu dibuat bagi menghasilkan penyelesaian yang lebih konkrit untuk jangka masa panjang di tempat kejadian tersebut.
"Saya yakin kajian forensik ini juga tidak akan mengambil masa yang lama dan kita telah membuat perbincangan antara kerajaan Pusat melalui JPS dan dengan kerajaan negeri untuk memastikan ia dapat disiapkan secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata kejadian tebing sungai runtuh itu seolah memberi peringatan awal supaya pihak berkaitan menguruskan Sungai Kelantan dengan lebih baik serta tuntas bagi mengelakkan kejadian sama berlaku di kawasan lain.
"Soal di mana berlakunya kejadian ini adalah di luar jangkaan, maka saya berharap setiap mangsa terlibat boleh bersabar dan mengambil pendekatan dengan jadikan ia sebagai satu pengajaran juga kepada tempat-tempat lain di sekitar Sungai Kelantan ini.
"Sungai Kelantan ini panjang dan mungkin kejadian sebegini adalah salah satu amaran awal untuk tempat-tempat lain berwaspada," tambahnya sambil memberitahu punca sebenar berlakunya bencana itu masih dalam siasatan.
Pada Khamis, media melaporkan sebanyak empat rumah telah musnah susulan kejadian tebing runtuh di Kampung Pohon Celagi yang berlaku sejak Rabu lepas dan kesemua 45 keluarga merangkumi 98 orang yang mendiami kawasan berkenaan telah dipindahkan ke kawasan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021

Ahmad Masrizal (kanan) mendengar penerangan semasa tentang tanah runtuh daripada Ketua Jajahan Pasir Mas Nik Mohamed Noor Nik Ishak (kiri) semasa membuat lawatan tanah runtuh di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, 19 Feb, 2021. --fotoBERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Bina asas pemulihan yang baik hari ini untuk kestabilan selepas PRU15 - Ahmad Masrizal
Ia amat penting dalam menjamin kestabilan negara, biar siapa pun yang akan membentuk kerajaan baharu selepas PRU15.

KPT setuju naikkan elaun pelajar OKU
Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju menaikkan kadar elaun pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Kadar vaksinasi penuntut IPT kini 82 peratus
Ahmad Masrizal Muhammad berkata beliau yakin IPT kini selamat, dan menyarankan penuntut yang belum mengambil vaksin untuk segera berbuat demikian.

Kadar vaksinasi pelajar IPT kini 73 peratus, staf universiti 91 peratus - KPT
Kadar vaksinasi pelajar institusi pengajian tinggi telah mencapai 73 peratus manakala kakitangan universiti pula mencecah 91 peratus.

Universiti perlu tingkat keupayaan digitalisasi selari IR 4.0 - Masrizal
Pihak universiti perlu meningkatkan keupayaan digitalisasi di dalam kampus selari dengan era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Keterlibatan pembangkang dalam pentadbiran harus menjangkaui Parlimen - Masrizal
Kesediaan kerajaan dan Pakatan Harapan menjalin kerjasama adalah jendela kepada lebih banyak partisipasi pembangkang dalam melancarkan pentadbiran negara.

Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal
Tiada alasan untuk barisan Kabinet baharu tidak dapat mempamer prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tiada sebab untuk takut buktikan keabsahan di Parlimen - Ahmad Masrizal
Ahmad Masrizal berkata, paling penting, usaha mengembalikan kesejahteraan rakyat dan negara perlu diletakkan di tempat teratas.

OIC perlu tegas gesa PBB selesai konflik Israel, Palestin - Ahmad Masrizal
OIC perlu lebih proaktif, dinamik dan tegas dalam menggesa pertubuhan utama dunia seperti PBB untuk bersama-sama menyelesaikan konflik yang berlaku antara Israel-Palestin sekarang ini.

KASA peruntuk RM15 juta atasi banjir di Pengerang
Peruntukan itu diberi setelah mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan kemasukan pelabur di kawasan PIPC pada masa hadapan.