IPOH: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador diminta memberi laporan penuh dakwaannya mengenai kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gerakan dalaman pegawai muda pasukan itu yang mahu menjatuhkan beliau.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau telah menghantar mesej itu kepada Abdul Hamid pada Khamis.
"Saya nyatakan kepada beliau yang saya mahukan laporan penuh supaya apa-apa perkara selepas ini kita boleh maklumkan kepada rakyat dengan lebih jelas.
"Saya tidak mahu perkara yang samar seperti ini, (ia telah) menimbulkan perasaan dan persepsi yang kurang baik.
"Disebabkan itu saya telah meminta beliau untuk laporkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP)," katanya di sini.
BACA: Ada gerakan dalam PDRM mahu jatuhkan saya - KPN Hamid Bador
BACA: Pendedahan wujud kartel dalam PDRM agar ia tidak merebak jadi barah - KPN
BACA: Abdul Hamid perlu lapor dakwaan 'ada kartel dalam PDRM' kepada SPP - Hamzah
Beliau ditemui media selepas menghadiri Pogram Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata pendedahan yang dibuat Abdul Hamid kepada umum itu tidak pernah dinyatakan kepada beliau sebelum ini.
Pada Rabu, Abdul Hamid menerusi program 'Sinar Live bersama IGP' mendakwa wujud gerakan dalam kalangan pegawai muda PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkannya.
Abdul Hamid mendakwa gerakan itu juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM dengan hasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.
Ditanya mengenai prestasi Abdul Hamid sebagai Ketua Polis Negara, Hamzah berkata beliau gembira dengan perkhidmatan Abdul Hamid setakat ini.
Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Mar 19 2021

"Saya tidak mahu perkara yang samar seperti ini, (ia telah) menimbulkan perasaan dan persepsi yang kurang baik," kata Hamzah. - Foto Fail Astro AWANI / SHAHIR OMAR

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.

Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.

Dakwaan wujud kartel dalam PDRM tidak dapat disahkan - EAIC
Dakwaan wujud 'kartel' dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana didakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak dapat ditentusahkan.

Isu kartel PDRM: 'Masih dalam kawalan, tiada keperluan lapor SPRM' - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yakin perkara berkenaan masih dalam kawalan.

Kartel PDRM: Hamzah arah KPN sediakan laporan penuh, elak kekeliruan
"Saya tidak mahu perkara yang samar seperti ini, (ia telah) menimbulkan perasaan dan persepsi yang kurang baik," kata Hamzah.