IPOH: Golongan belia dan pencari kerja diseru untuk merebut lebih 10,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan di Karnival Kerjaya Perak Sejahtera, yang berlangsung pada 17 dan 18 September ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata karnival tersebut dianjurkan sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) di Stadium Indera Mulia, di sini.
Karnival itu dianjurkan kerajaan negeri menerusi agen pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Ahmad Saidi berkata karnival kerjaya itu akan membabitkan sebanyak 60 syarikat daripada pelbagai sektor industri dari seluruh negara.
"Pihak industri yang terlibat adalah dari sektor perkhidmatan penerbangan terkenal, oil and gas, pembuatan, perlombongan, pelancongan dan hospitaliti.
"Ia bukan sekadar temuduga pekerjaaan tetapi melibatkan pengisian program bermanfaat, antaranya klinik resume dan keterampilan membantu pencari kerja.
"Ia bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas berhubung penganjuran program itu, di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Ahmad Saidi turut menitipkan nasihat dan pesanan kepada pencari kerja yang akan hadir ke karnival ini nanti.
"Kepada pencari kerja, jangan datang dengan tangan kosong sebaliknya datang seolah-olah kita ditemuduga persediaannya dan akan diterima bekerja.
"Sebab kita sediakan proses temuduga secara terus pada waktu itu, jadi rugilah kepada mereka yang datang baru nak bertanya apa yang perlu dibawa dan sebagainya.
"Kalau boleh datang dengan sentiasa siap sedia dan buat persediaan secukupnya dan sediakan sijil, resume dan berpakaian lengkap dan kemas untuk ditemuduga," katanya lagi.
Sementara itu ketika mengulas lanjut mengenai kadar pengangguran di negeri ini, Ahmad Saidi berkata setakat ini ia menunjukkan trend penurunan.
"Pada tahun 2021 kadar pengangguran di Perak adalah seramai 57,900 orang atau 5.3 peratus.
"Alhamdulillah sehingga bulan April lepas kita lihat ada trend penurunan iaitu 3.8 peratus atau 42,700 orang," katanya lagi.
Karnival Kerjaya Perak Sejahtera merupakan karnival kerjaya yang keenam dijalankan PASAK bagi tahun ini.
Sebelum ini PASAK mengadakan karnival berskala kecil di peringkat daerah dan mendapat sambutan penduduk setempat.
Antara syarikat yang akan terlibat pada karnival dua hari itu seperti 99 Speedmart Sdn Bhd, Carsem (M) Sdn Bhd, Air Asia Bhd, Maybank, RHB Bank, Bromma (M) Sdn Bhd, Proton Tanjung Malim Sdn Bhd dan Mydin Mohamed Holdings Berhad.
Maklumat lanjut boleh layari https://karnivalkerjayaaps.perakpasak.org/, Facebook Talent Perak, Twitter @perakpasak dan Instagram @perakpasak.
Aida Aziz
Wed Sep 14 2022
Ahmad Saidi (tengah) pada sidang media khas berhubung penganjuran program itu, di sini pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Isteri Bashar hilang hak masuk UK, kini dirawat di Moscow
Laporan media menyebut, Asma Assad, isteri bekas Presiden Syria, Bashar Al-Assad kini tidak lagi boleh kembali ke Britain selepas pasportnya tamat tempoh.
Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat
Mohamad Faithal berkata Sukan SEA di Kemboja wajar jadi pengajaran apabila kontinjen negara rekod sejarah hitam dengan pencapaian terburuk.
Pesawat Qatar jejak Damsyik buat pertama kali
Sebuah pesawat Qatar yang membawa bantuan kemanusiaan, termasuk ambulans, bekalan makanan, dan ubat-ubatan tiba di lapangan terbang antarbangsa Damsyik, Syria buat pertama kali pasca kejatuhan Assad pada Isnin.
Menteri Israel ugut bunuh pemimpin Houthi Yemen
Menteri Tenaga Israel, Eli Cohen, dilaporkan mengancam untuk membunuh pemimpin Houthi Yemen, Abdul-Malik al-Houthi dalam temu bual bersama stesen radio Israel.
Jumlah kanak-kanak Gaza maut akibat kesejukan meningkat
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa angka kematian akibat hipotermia di kalangan rakyat Palestin kini meningkat kepada tujuh orang disebabkan rakyat Palestin yang berlindung di khemah-khemah sementara, terutama di kawasan al-Mawasi menderita akibat cuaca sejuk melampau.
PGA rampas kosmetik Thailand bernilai lebih RM100,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan pada Isnin berkata rampasan dilakukan di sebuah stor pangkalan haram Syed Mior, Pasir Mas oleh sepasukan anggota Batalion 7 PGA pada 10.30 pagi Ahad.
MFPC gesa pemegang polisi kekalkan perlindungan dalam keadaan pelarasan premium MHIT
Pemegang polisi perlu memanfaatkan sepenuhnya langkah itu dan mengutamakan pengekalan perlindungan insurans masing-masing.
Gelombang ketiga tidak teruk, penduduk tetap berjaga-jaga
Penduduk di Hulu Terengganu lega banjir gelombang ketiga yang bermula pada petang Ahad lalu tidak begitu teruk berbanding sebelumnya, tetapi mereka tetap berjaga-jaga kemungkinan buruk yang mungkin timbul pada gelombang seterusnya.
Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.
Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan
Lebih 30 laporan polis diterima di Sabah terhadap aktivis tersebut melibatkan perbuatan menghasut.
Karnival Kerjaya Perak Sejahtera tawar 10,000 peluang pekerjaan
Karnival kerjaya itu akan membabitkan sebanyak 60 syarikat daripada pelbagai sektor industri dari seluruh negara.