Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon di sini sejak pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Mustaffa Maarof Mustaffa berkata ketika kejadian, mangsa Mohd Shariqal Sidek bersama dua abangnya keluar dari rumah kira-kira 6.30 pagi tanpa disedari ibunya.
"Polis dimaklumkan mengenai kehilangan kanak-kanak itu kira-kira pukul 1 tengah hari (Jumaat) sebelum memaklumkan kepada pihak bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk membantu dalam operasi mencari dan penyelamat," katanya pada sidang akhbar di sini pada Sabtu.
Mustaffa Maarof berkata operasi tersebut dihentikan pada pukul 6.30 petang semalam dan bersambung pada pukul 7 pagi tadi melibatkan kawasan seluas kira-kira 39 hektar.
Beliau berkata mangsa dilihat kali terakhir bersama dua abangnya itu bermain di kawasan kejiranan berhampiran kawasan kebun getah sebelum hilang.
Menurutnya, ibu mangsa Saminie Rawel, 24, yang menyedari kehilangan anaknya kira-kira jam 7 pagi meminta bantuan jiran untuk mencari anaknya yang hanya memakai baju lengan pendek dan seluar pendek berwarna putih tanpa memakai selipar.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun, melawat keluarga mangsa hari ini.
Anggota Parlimen Beaufort itu menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama yang masih kecil bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Bernama
Sun Nov 23 2014
![Kanak-kanak tiga tahun hilang di kebun getah sejak Jumaat Kanak-kanak tiga tahun hilang di kebun getah sejak Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/61416670502_295x200.jpg)
Kanak-kanak tersebut dilihat kali terakhir bersama dua abangnya bermain di kawasan kejiranan berhampiran kawasan kebun getah sebelum hilang. - Gambar Fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Budak 12 tahun dicari dipercayai lari ikut teman lelaki Budak 12 tahun dicari dipercayai lari ikut teman lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719223598_Budaktahun.jpg)
Budak 12 tahun dicari dipercayai lari ikut teman lelaki
Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar berusia 12 tahun dicari selepas dipercayai melarikan diri mengikut teman lelaki, di sini, pada Ahad.
![Siti Dhia Batrisyia ditemui selamat - Ibu Siti Dhia Batrisyia ditemui selamat - Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710640531_TBSitiDhiaBatrisyi.jpg)
Siti Dhia Batrisyia ditemui selamat - Ibu
"Allahuakbar... Allah Maha Besar."
![Tragedi kepala air Kampung Poh: Seorang lagi ditemui, tiga kanak-kanak masih hilang Tragedi kepala air Kampung Poh: Seorang lagi ditemui, tiga kanak-kanak masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707312827_kepalaair.jpg)
Tragedi kepala air Kampung Poh: Seorang lagi ditemui, tiga kanak-kanak masih hilang
Kakak kepada mangsa Aslinda Bani berusia 38 tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat.
![Insiden kepala air: Wanita maut, 3 kanak-kanak dikhuatiri hilang di Bidor Insiden kepala air: Wanita maut, 3 kanak-kanak dikhuatiri hilang di Bidor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707302847_kepalaairwanitam.jpg)
Insiden kepala air: Wanita maut, 3 kanak-kanak dikhuatiri hilang di Bidor
Seorang wanita maut manakala tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam insiden kepala air ketika mereka berkelah di Sungai Kampung Poh.
![Kanak-kanak UK hilang sejak 6 tahun lalu dijumpai di Perancis Kanak-kanak UK hilang sejak 6 tahun lalu dijumpai di Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702626245_BoyAbuse.jpg)
Kanak-kanak UK hilang sejak 6 tahun lalu dijumpai di Perancis
Seorang kanak-kanak lelaki warga Britain yang ditemukan di Perancis selepas dipercayai dilarikan ibu kandungnya enam tahun lalu menyatakan hasrat untuk bertemu neneknya.
![710 kes kanak-kanak hilang sejak Januari hingga November 710 kes kanak-kanak hilang sejak Januari hingga November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702028756_ManyHands.jpg)
710 kes kanak-kanak hilang sejak Januari hingga November
Sebanyak 710 kes kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dilaporkan hilang bermula Januari sehingga November tahun ini.
!['Zayn Rayyan banyak habiskan masa di rumah' 'Zayn Rayyan banyak habiskan masa di rumah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702026800_TBZaynRayyanjpg.jpg)
'Zayn Rayyan banyak habiskan masa di rumah'
Zayn Rayyan Abdul Matiin bukan kanak-kanak bermasalah dan kebanyakan masa hanya dihabiskan di rumah.
![Polis cari saksi boleh bantu kes Zayn Rayyan Polis cari saksi boleh bantu kes Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701929235_TBzaynrayyan.jpg)
Polis cari saksi boleh bantu kes Zayn Rayyan
Polis juga turun semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak malang itu untuk mencari bahan bukti yang dapat membantu siasatan kes tersebut.
![Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701941322_TBzaynrayyan.jpg)
Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh
Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia pada malam Rabu disahkan mati dibunuh.
![Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701929235_TBzaynrayyan.jpg)
Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan
Polis akan mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak autisme itu.