JOHOR BAHRU: Kanak-kanak dan remaja dikenal pasti antara golongan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental namun isu berkenaan dilihat masih kurang diberi perhatian.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata hal itu kerana transisi fasa kanak-kanak ke alam dewasa adalah fasa paling kritikal dalam proses perubahan fizikal, kematangan kognitif dan pengurusan emosi sekali gus menyaksikan mereka cenderung untuk rasa keliru dan tersisih apabila tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam jaringan sosial.
"Berdasarkan pemerhatian klinikal, kebanyakan pesakit remaja yang hadir ke klinik telah mula mencederakan diri bagi melepaskan tekanan perasaan yang mereka alami.
"Tindakan ini akan menyebabkan mereka rasa malu, menyusahkan dan tidak kompeten. Mereka terperangkap dalam masalah sendiri dan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Wad Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja di Kompleks Iris Hospital Permai di sini semalam.
Beliau berkata persepsi ramai bahawa masalah kesihatan mental hanya berlaku kepada orang dewasa sahaja turut menyebabkan isu melibatkan kesihatan mental kanak-kanak kurang diberi perhatian.
"Sebelum pandemik COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 10 hingga 20 peratus kanak-kanak dan remaja seluruh dunia mengalami masalah kesihatan mental manakala 50 peratus masalah kesihatan mental yang serius bermula pada umur 14 tahun," kata Dr Zaliha.
Ahli Parlimen Sekijang itu turut mengambil contoh tragedi gempa bumi yang melanda bahagian tengah dan selatan Turkiye dan utara Syria baru-baru ini turut membimbangkan kerana dilihat boleh memberi kesan utama iaitu trauma psikologi kepada kanak-kanak terutama mereka yang kehilangan ibu bapa dan ahli keluarga.
Beliau berkata berdasarkan kajian, trauma yang dialami oleh seseorang boleh memberi kesan kepada genetik dan kemudian boleh diturunkan kepada generasi seterusnya dalam keluarga.
"Oleh itu, saya merayu kepada semua, terutama ibu bapa supaya lebih peka dengan faktor-faktor yang boleh memberi trauma kepada golongan kanak-kanak.
"Semua pihak haruslah membantu dalam menyediakan persekitaran yang harmoni dan sihat demi tumbesaran emosi kanak-kanak dan remaja seperti mendalami ilmu keibubapaan," katanya.
Selain itu, anggota kesihatan katanya, sangat digalakkan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu Bantuan Asas Psikologi dalam membantu negara jika berlaku tragedi yang boleh memberi kesan langsung kepada kanak-kanak dan remaja.
Sementara itu, Dr Zaliha berkata wad psikiatri di Kompleks Iris Hospital Permai mula beroperasi sepenuhnya untuk pesakit kanak-kanak dan remaja sejak bulan lepas, yang merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023
Dr Zaliha berkata, persepsi ramai bahawa masalah kesihatan mental hanya berlaku kepada orang dewasa turut menyebabkan isu kesihatan mental kanak-kanak kurang diberi perhatian. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Festival Kreatif KL teroka ibu kota jadi pusat kebudayaan
Objektif Festival Kreatif KL untuk mendedahkan khazanah kesenian di ibu kota yang hanya terkenal dengan pusat ekonomi, walhal Kuala Lumpur mempunyai banyak sejarah kebudayaan yang harus diangkat
Naratif tidak benar pembangunan Kampung Sungai Baru perlu diperbetul - Zaliha
Naratif tidak benar sesetengah pihak berhubung isu pembangunan Kampung Sungai Baru di Kampung Baru perlu diperbetulkan bagi memastikan tidak bercanggah dengan fakta sebenar.
Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha
Tiada sebarang obligasi untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalurkan apa-apa bentuk peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Zaliha betulkan istilah 'longkang otak'
Istilah brain drain yang diterjemahkan Oscar sebagai 'longkang otak' adalah tidak tepat.
Tiga pasukan petugas ditubuh pacu ekonomi Labuan
Tumpuan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal.
Lebih 26,000 unit Residensi Wilayah siap dibina - Dr Zaliha
Sebanyak 43 projek melibatkan 26,154 unit kediaman telah siap dibina di bawah inisiatif Residensi Wilayah setakat Februari lepas.
Obesiti, kolesterol dan kurang aktiviti fizikal penduduk Putrajaya melebihi kadar nasional
Penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya juga mencatatkan kadar kemurungan dan kebimbangan (anxiety) yang tertinggi.
Peratusan permohonan kakitangan perkhidmatan awam OKU masih rendah
Pengisian OKU dalam perkhidmatan awam dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2014- 2023 masih tidak mencapai sasaran seperti ditetapkan pada kadar satu peratus.
KPKT setuju lulus RM20 juta kepada Jabatan Wilayah Persekutuan
Jabatan Wilayah Persekutuan terima peruntukan RM20 juta bagi menaik taraf tandas awam milik DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.