JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di bahagian perut, dipercayai akibat ditikam bapa tiri yang mempunyai penyakit mental di rumahnya di Kangkar Pulai di Iskandar Puteri, pada 15 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku kira-kira 9 pagi itu dikesan pihak polis, hasil aduan seorang doktor yang merawat kanak-kanak tersebut selepas ibunya berumur 37 tahun, menghantarnya ke sebuah hospital di Iskandar Puteri untuk mendapatkan rawatan.
"Doktor berkenaan memaklumkan bahawa, kanak-kanak itu mengalami kecederaan seperti tusukan benda tajam di bahagian perut sebelah kiri.
"Hasil temu bual dengan kanak-kanak itu sebelum pembedahan dijalankan, mangsa memaklumkan bahawa telah dicederakan oleh pakciknya sendiri. Kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil dan masih berada di wad hospital untuk rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata hasil siasatan awal mendapati, lelaki terbabit merupakan ayah tirinya berusia 38 tahun yang tidak bekerja dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).
Dzulkhairi berkata, motif kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan masalah mental yang dialami lelaki terbabit.
"Lelaki berkenaan mendapat rawatan sakit mental di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak 2014 dan masih mengambil ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital. Individu itu kemudiannya telah dibawa ke HSA bagi pemeriksaan lanjut," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga telah merampas sebilah pisau panjang berukuran lebih kurang 29.5 sentimeter beserta hulu pisau yang ditemui di rumah tersebut.
Katanya, individu terbabit telah dibebaskan selepas ditahan reman selama tiga hari bermula 15 Mei lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021

Kanak-kanak itu dihantar ke hospital oleh ibunya berumur 37 tahun - Gambar hiasan/ ndtv.com

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Belum temui petunjuk positif, kehilangan Hud Aryan tiada unsur jenayah - Polis
Pencarian diteruskan dengan bantuan dua ekor anjing pengesan K9, melibatkan kawasan seluas tiga kilometer di sungai dan darat.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.

Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.

Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.