ARAU: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun lemas selepas terjatuh dalam kawasan sawah takungan air ketika berbasikal bersama rakan dan adiknya di Kampung Hutan Kandis di sini.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa, Mohamad Amir Faris Rohaizad bagaimanapun tidak dapat diselamatkan ahli keluarganya dan disahkan meninggal dunia.
"Mangsa bersama adiknya berusia lapan dan seorang rakan berusia 11 tahun sedang menunggang basikal secara berasingan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.
"Bagaimanapun, basikal dinaikinya tiba-tiba hilang kawalan dan mangsa tergelincir serta jatuh ke kawasan sawah takungan air untuk ikan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Menurut beliau, rakannya yang turut berada di tempat kejadian segera pulang ke rumah untuk meminta bantuan tetapi kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan memaklumkan kejadian itu lebih kurang jam 6.30 petang dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk bedah siasat.
Nanda berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Berita asal: Kanak-kanak lemas dalam sawah takungan air
Sinar Harian
Fri Apr 16 2021

Lokasi Mohamad Amir dikatakan lemas di kawasan takungan air di Kampung Hutan Kandis. -Sinar Harian
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Masalah air di Kelantan perlu ditangani segera, bantu pesawah tingkat hasil padi
Kerjasama antara KADA, Kerajaan Negeri Kelantan dan JPS penting bagi memastikan keberkesanan sistem pengairan di kawasan pesawah.

Cuaca panas jejas 8,900 hektar sawah, kerugian RM58 juta - KADA
Keluasan sawah yang terjejas itu membabitkan seramai 3,587 pesawah di jajahan Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat dan Kota Bharu.

12 termasuk warga emas ditahan berjudi di tepi sawah
Kesemua 10 lelaki dan dua wanita itu berjaya ditahan selepas seluruh kawasan itu telah dikepung.

Pesawah kerugian lebih RM57 juta akibat banjir
Kebanyakan pesawah yang mengalami kerugian baru memulakan musim, dengan menabur benih, membaja dan meracun.

Banjir: Kawasan sawah di Jerteh umpama lautan
Lebih 400 hektar sawah di kawasan Pengkalan Nangka dekat Kuala Besut di sini ditenggelami banjir sedalam hingga semeter.

Belut sawah, rezeki musim tengkujuh
Ketibaan musim tengkujuh beri limpahan rezeki buat pencari belut sawah apabila mereka mampu meraih pendapatan sehingga RM400 sehari.

Kanak-kanak lemas dalam sawah takungan air
Basikal dinaikinya tiba-tiba hilang kawalan dan mangsa tergelincir serta jatuh ke kawasan sawah takungan air untuk ikan.

Pesawah rugi akibat pencemaran air Sungai Kereh
Masalah pencemaran itu bukan baharu malah berlarutan sejak lebih 40 tahun lepas dan ia semakin teruk kebelakangan ini.

Ditenggelami air empat hari, 125 hektar sawah terjejas banjir di Bagan Serai
Menurutnya, berdasarkan tinjauanya sejak beberapa hari lalu, umur padi yang terlibat antara 15 hingga 40 hari yang ditenggelami banjir.

Musim pancing 'ikan puyu' di Perlis
Setiap kali musim menuai padi antara akhir bulan Ogos hingga Oktober, ramai penduduk Perlis, tanpa mengira umur, bangsa dan pangkat, tidak akan melepaskan peluang untuk memancing ikan puyu di sawah.