KUALA KANGSAR: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang lemas di kolam renang sebuah inap desa di sini ditemui dalam keadaan tertiarap dalam kejadian pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bahtiar Yaacob berkata, kejadian hanya disedari oleh ibunya pada jam 6.30 petang yang mencari mangsa di kolam berkenaan.
Menurutnya, kira-kira jam 6 petang, bapa kanak-kanak tersebut melihat anaknya bermain bersama anak saudara yang lain sebelum masuk ke dalam kawasan inap desa bagi menyiapkan makanan.
"Ketika ibu mangsa sedang mencarinya mendapati kanak-kanak itu berada di kolam renang dewasa dalam keadaan tertiarap.
"Semasa kejadian terdapat beberapa orang dewasa sedang sibuk membuat persiapan makanan dan kanak-kanak yang bermain di bahagian luar.
"Namun kesemuanya tidak perasan bagaimana mangsa boleh berada di dalam kolam renang tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut Omar Bahtiar, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia pada Isnin kira-kira jam 1.10 pagi dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan lemas.
Menurutnya, tiada sebarang kecederaan lain ditemui pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, beliau memaklumkan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar ditalian 05-7762222. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 01 2022
Kejadian hanya disedari oleh ibunya pada jam 6.30 petang yang mencari mangsa di kolam berkenaan. -Gambar hiasan
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tanjong Karang
Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.
Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
Kanak-kanak lelaki lima tahun ditemukan lemas di Rompin
Mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Baru, ditemukan lemas pada 9.30 pagi ini.
Kanak-kanak lapan tahun lemas di Pantai Taping
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai selepas bermain di Pantai Taping, Kemasek, petang tadi.
Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang
Mangsa Azila Jabar, 12, ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dan adiknya Arlina, 9, dilaporkan hilang pada Isnin.
Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas
Seorang lelaki diberkas berkaitan kes seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang maut akibat lemas dalam kolam renang di sebuah apartment di Bangi, 13 September lalu.