Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun meninggal dunia selepas dipercayai tercekik rambutan dalam kejadian yang berlaku di Kampung Belakang Masjid, Bukit Selambau pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Syed Basri Syed Ali ketika dihubungi berkata, dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi telah mengambil sebiji buah rambutan sebelum mengupas dan terus memasukkannya ke dalam mulut.
Ketika kejadian, bapa mangsa bersama ahli keluarga yang lain sedang mengait buah rambutan di depan rumah datuk mereka di Bukit Selambau, di sini.
Namun secara tiba-tiba, mangsa dikatakan terus berlari ke arah bapanya sambil menjerit serta memegang leher.
Bapanya kemudian cuba bertindak dengan menepuk bahagian belakang mangsa tetapi tidak berhasil.
Mangsa kemudian terus dikejarkan ke klinik kesihatan kuala ketil namun telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.
Syed Basri berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada kecederaan dan unsur-unsur jenayah pada badan mangsa dan pegawai perubatan di klinik terbabit telah berjaya mengeluarkan sebiji buah rambutan.
Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).
BACA JUGA: Kanak-kanak meninggal dunia tercekik gula-gula jeli
BACA JUGA: Kanak-kanak maut tercekik buah mangga
Abd Hadi Che Awang
Sun Jul 05 2020
![Kanak-kanak lelaki tiga tahun meninggal dunia tercekik rambutan Kanak-kanak lelaki tiga tahun meninggal dunia tercekik rambutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41593932438_TercekikRambutan.jpg)
Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi dikatakan telah mengambil sebiji buah rambutan sebelum mengupas dan terus memasukkannya ke dalam mulut.
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris? Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704813566_PearlyTandanThina.jpg)
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
![Kanak-kanak lelaki tiga tahun meninggal dunia tercekik rambutan Kanak-kanak lelaki tiga tahun meninggal dunia tercekik rambutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41593932438_TercekikRambutan.jpg)
Kanak-kanak lelaki tiga tahun meninggal dunia tercekik rambutan
Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi dikatakan telah mengambil sebiji buah rambutan sebelum mengupas dan terus memasukkannya ke dalam mulut.