Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut manakala tiga anggota keluarganya cedera parah, dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan tiga kereta di KM 271.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang Isnin.
Mangsa yang maut ialah Muhammad Wafiq Fitri Walilah manakala bapanya, Walilah Karim, 40, ibunya, Sri Yulianty Mukhtaruddin, 34, adiknya, Puteri Wafiqah, 2, yang duduk di pangkuan ibunya, cedera parah.
Kemalangan kira-kira pukul 6.10 petang itu turut mengakibatkan kesesakan sejauh kira-kira 10km.
Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan ASP Mohd Hafidzal Zainal Abidin berkata kesemua mangsa menaiki kereta jenis Honda BRV yang dipandu Walilah.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang berada di lorong tengah dari arah Seremban menghala ke Nilai telah hilang kawalan dan terus melanggar belakang Honda BRV yang bergerak perlahan kerana trafik sesak.
"Sebuah kereta Toyota Estima yang sebelum itu berada di hadapan bas berkenaan sempat menukar haluan ke lorong kiri tetapi dilanggar di bahagian belakang oleh sebuah kereta jenis Mercedes yang berada di lorong itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.
Menurutnya, Muhammad Wafiq Fitri yang berada di tempat duduk belakang maut dipercayai tercampak keluar dari kereta manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat manakala mereka yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
"Pemandu bas ditahan untuk siasatan lanjut termasuk menjalani ujian air kencing dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya.
Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, kemalangan yang berlaku di lorong tengah menyebabkan pihaknya terpaksa menutup dua daripada tiga lorong ke arah utara.
"Kami sudah membuka kesemua lorong yang ditutup di lokasi kemalangan kira-kira pukul 7.30 malam namun kesesakan arah utara masih berlaku sejauh 10km," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017
![Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51483795940_kemalangan.jpg)
Jurucakap PLUS berkata pihaknya sudah membuka kesemua lorong yang ditutup di lokasi kemalangan kira-kira pukul 7.30 malam namun kesesakan arah utara masih berlaku sejauh 10km. - Gambar hiasan
![MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719727105_TeoNieChing.jpg)
MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat.
![Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723703023_DunNenggiriekope.jpg)
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
![Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726414_TBRizkiJuniansyah.jpg)
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
![Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726901_TBMissile.jpg)
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
![Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000 Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
![Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.
Jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Puluhan penumpang Malaysia Airlines yang menuju ke Kuala Lumpur dari Jeddah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada Rabu.
![Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723722582_TBPaetongtarnShinaw.jpg)
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
![Pemandu treler maut, nahas lima kenderaan di PLUS arah utara Pemandu treler maut, nahas lima kenderaan di PLUS arah utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723688542_KemalanganMaut.jpg)
Pemandu treler maut, nahas lima kenderaan di PLUS arah utara
Kemalangan melibatkan lima buah kenderaan termasuk tiga buah treler, sebuah lori satu tan dan sebuah MPV Toyota Vellfire.
![Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722310672_kemalanganmaut.jpg)
Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori kontena, treler dan Proton Persona di KM 441.2 PLUS di Rawang, awal pagi ini.
![PM hulur sumbangan kepada anggota polis pengiring terlibat kemalangan PM hulur sumbangan kepada anggota polis pengiring terlibat kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722270897_TBPOLISPERAK.jpg)
PM hulur sumbangan kepada anggota polis pengiring terlibat kemalangan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada seorang anggota polis yang terlibat dalam kemalangan ketika mengiringi beliau.
![Kemalangan maut di Temerloh: Pemandu treler direman empat hari Kemalangan maut di Temerloh: Pemandu treler direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722076653_DuamautnahasToyot.jpg)
Kemalangan maut di Temerloh: Pemandu treler direman empat hari
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan di KM145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Temerloh pada Sabtu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
![Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721036680_bayigeneric.jpg)
Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika
Seorang kanak-kanak perempuan melecur di bahagian badan akibat terkena seterika dalam kejadian dekat sebuah rumah di Ara Damansara pada Isnin.
![Seorang parah, seorang cedera kereta terbabas di Sungai Siput Seorang parah, seorang cedera kereta terbabas di Sungai Siput](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721010546_keretaterbabasSu.jpg)
Seorang parah, seorang cedera kereta terbabas di Sungai Siput
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.18 pagi, di Jalan Jalong, Sungai Siput.
![APAD batal lesen pengendali syarikat bas terlibat kemalangan di Genting Highlands APAD batal lesen pengendali syarikat bas terlibat kemalangan di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719720471_baspersiaran.jpg)
APAD batal lesen pengendali syarikat bas terlibat kemalangan di Genting Highlands
Keputusan dibuat selepas syarikat itu gagal mematuhi syarat lesen mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan pemanduan secara berbahaya.
![Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori di PLUS Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori di PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720580503_tbkelindanlorimaut.jpg)
Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori di PLUS
Kelindan berusia 25 tahun itu meninggal dunia di lokasi manakala pemandu berusia 40 tahun mengalami patah kaki.
![Paris 2024: Nur Aisyah pulih sepenuhnya dari kecederaan Paris 2024: Nur Aisyah pulih sepenuhnya dari kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720446310_TBNurAisyah.jpg)
Paris 2024: Nur Aisyah pulih sepenuhnya dari kecederaan
Nur Aisyah Mohamad Zubir sudah pulih sepenuhnya untuk beraksi di Olimpik Paris 2024 selepas terlibat dalam kemalangan ketika menyertai pertandingan di Belgium pada 16 Jun lalu.
![Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720333425_MansorPutehMening.jpg)
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, di sini, pada Ahad.