Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi pada Isnin petang.
Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8 tahun, dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira 8 pagi Isnin.
Ibu mangsa Sainih Sunding, 46 tahun, berkata anak bongsu daripada lima beradik itu tidak pergi ke sekolah semalam dan keluar untuk bermain dengan rakan.
"Saya sedar kehilangannya selepas dia tiada di tempat bermain dan sekitar kawasan sekitar rumah bila saya pulang ke rumah dari tempat kerja," katanya yang bekerja sebagai pencuci ketika dihubungi di sini hari ini.
Sainih berkata jiran memaklumkannya yang Muhammad Zahiruddin telah ke kedai berhampiran pada waktu tengah hari dan kali terakhir dilihat bermain dengan rakan di sekitar kawasan kejiranan itu.
Susulan itu, satu laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu dibuat di Balai Polis Bandar Seri Putra malam tadi.
Katanya Muhammad Zahiruddin kali terakhir dilihat memakai baju kemeja T berwarna hitam dan seluar panjang berwarna biru.
"Saya amat bimbang dengan keselamatan anak saya kerana dia tidak pernah tidak pulang ke rumah," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Mohd Zahiruddin diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
Astro Awani
Tue Apr 16 2019
Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8 tahun, dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira 8 pagi Isnin. - Gambar Nur Alert
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
Parlimen Bangi mencatatkan jumlah penduduk tertinggi antara 222 kawasan Parlimen di Malaysia iaitu 708,300 orang pada 2023.
Tiga lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga lagi sekolah iaitu dua di Kajang, Selangor dan satu di Batu Feringghi, Pulau Pinang, menerima ancaman bom.
Wanita lari daripada polis, pandu secara berbahaya di Bangi ditahan
Seorang wanita ditahan selepas memandu kereta secara berbahaya bagi melarikan diri daripada polis dalam satu kejadian di Bandar Baru Bangi, Kajang dekat sini semalam.
Lima ditahan samun bersenjata parang di klinik gigi
Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan parang di sebuah klinik gigi di Bandar Baru Putra, Bangi, dekat sini, pada Isnin lepas.
Polis buru dua lelaki disyaki samun klinik pergigian
Dua lelaki memakai topi keledar bersenjatakan parang telah masuk dan merompak kakitangan serta pelanggan di premis itu.
Dua beradik maut kena renjatan elektrik: Tiada talian terputus daripada tiang TNB
Siasatan awal Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) mendapati tidak berlaku talian (wayar) terputus daripada tiang TNB.
Dua beradik maut kena renjatan elektrik: TNB sahkan wayar 'luka' - Polis
Dua beradik lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi di dalam sebuah besen di perkarangan rumah mereka di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, dekat sini petang semalam.
Polis nafi dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV BACC
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki mengatakan dirinya disuntik menggunakan picagari kosong ketika mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC).
Kehadiran Ahli Parlimen DAP semasa lawatan adalah kebetulan - Noraini
Noraini berjumpa berjumpa dengan Ong Kian Ming ketika sedang melakukan lawatan ke PPV di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Video tular, polis buru peragut rantai tangan di kedai runcit
Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden ragut di sebuah kedai runcit di Kampung Rinching Hilir, Bangi Lama, Kajang.