Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas menumpang motosikal seorang lelaki berikutan motosikal bapa tirinya pancit di Jambatan Pulau Pinang, di sini semalam, ditemui selamat di Taiping, Perak hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata Mohammad Muzzafar Mohammad, 11, ditemui oleh anggota Balai Polis Taiping di perhentian bas kira-kira 7 malam ini.
"Kami baru terima maklumat yang kanak-kanak itu telah ditemui di Taiping. Anggota polis Taiping bawa kanak-kanak itu ke balai sebelum menghubungi sekolah asrama tahfiz berdasarkan tulisan di baju T kanak-kanak itu," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dalam perjalanan membawa pulang kanak-kanak berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, bapa tiri Mohammad Muzzafar baru mengambilnya dari sebuah sekolah tahfiz di Seberang Jaya dengan menunggang motosikal dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini, tiba-tiba tayar belakang motosikal itu pancit.
Bapa tiri kanak-kanak itu kemudian berhenti di tepi jalan jambatan berkenaan dan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang menunggang motosikal jenis Kriss warna hitam kebetulan melalui kawasan tersebut, mempelawa untuk membantu mereka dengan menumpangkan kanak-kanak berkenaan menaiki motosikalnya.
Bapa tiri mangsa membenarkan anak tirinya menumpang lelaki itu sambil dia mengekori mereka dari belakang dan sehingga tiba di simpang masuk Jalan Haji Ahmad Nor beliau telah ketinggalan jauh di belakang serta sudah tidak nampak kelibat mereka.
Kehilangan kanak-kanak itu turut menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Sementara itu, bapa tiri Mohammad Muzzafar, Sabri Abdul Ghani, 53, berkata beliau membenarkan anak tirinya itu membonceng motosikal lelaki terbabit kerana dimaklumkan lelaki itu juga dalam perjalanan ke Sungai Pinang dan beliau tidak mengesyaki apa-apa.
"Sampai di persimpangan lampu isyarat simpang kedai sembilan di Lebuh raya (Tun Dr Lim Chong Eu) lelaki itu tiba-tiba belok ke kiri menghala ke Jelutong dan saya kejar dia sehingga sampai lampu isyarat satu lagi di situ tetapi mereka telah hilang dengan sekelip mata," katanya.
Beliau yang bekerja sebagai polis bantuan di sebuah hotel itu bertindak mencari anak tirinya dan lelaki itu di flat tempatnya tinggal dan kawasan sekitar Sungai Pinang tetapi tidak menjumpai mereka.
Ibu Mohammad Muzzafar, Amnah Basri, 35, yang tidak tidur sejak semalam kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu melahirkan rasa syukur selepas mendapat maklumat daripada polis memaklumkan anak tunggalnya ditemui selamat. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016
![Kanak-kanak dilaporkan hilang di George Town ditemui di Taiping Kanak-kanak dilaporkan hilang di George Town ditemui di Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449190647_ACPMiorFarid.jpg)
ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dalam perjalanan membawa pulang kanak-kanak berkenaan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Kanak-kanak dilaporkan hilang di George Town ditemui di Taiping Kanak-kanak dilaporkan hilang di George Town ditemui di Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449190647_ACPMiorFarid.jpg)
Kanak-kanak dilaporkan hilang di George Town ditemui di Taiping
Mohammad Muzzafar Mohammad, 11, ditemui oleh anggota Balai Polis Taiping di perhentian bas kira-kira 7 malam ini.
![Polis tahan lelaki, tumpas sindiket pecah rumah di George Town Polis tahan lelaki, tumpas sindiket pecah rumah di George Town](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61457020478_MiorFaridalatrash.jpg)
Polis tahan lelaki, tumpas sindiket pecah rumah di George Town
Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya barangan kemas, peralatan elektrik, telefon bimbit dan komputer riba.
![Mayat reput dalam kotak adalah warga asing - polis Mayat reput dalam kotak adalah warga asing - polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/51414235504_295x200.jpg)
Mayat reput dalam kotak adalah warga asing - polis
Mayat seorang wanita yang ditemui telah reput dan disumbat dalam kotak di tepi belukar di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah di sini semalam dipercayai merupakan rakyat asing.
![Suri rumah maut dilanggar kereta jiran di George Town Suri rumah maut dilanggar kereta jiran di George Town](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81369565398_295x200.jpg)
Suri rumah maut dilanggar kereta jiran di George Town
Gara-gara bertengkar disebabkan sampah, seorang suri rumah maut dilanggar di Flat Desa Intan di Lebuhraya Thein Teik, Bandar Baru.