KUANTAN: Seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan dikhuatiri lemas selepas dipercayai keluar dari kereta bapanya yang diparkir berhampiran sungai Felda Jengka 4, dekat Maran, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata Muhammad Abdullah Saiful Bahari disedari tiada di tempat duduk kereta tersebut pada 1 tengah hari, iaitu kira-kira 15 minit selepas bapanya meninggalkan dia berseorangan di situ.
"Bapa mangsa (Muhammad Abdullah) mendakwa meninggalkan mangsa di dalam kereta dengan keadaan pintu terbuka. Sebaik sahaja menyedari mangsa tiada, bapa mangsa telah bertanya kepada kakak dan abang mangsa yang berusia enam serta lapan tahun, namun mereka juga tidak menyedari bila mangsa berjalan keluar dari kereta.
"Mereka cuba mencari mangsa di kawasan berhampiran sebelum bapa mangsa mendakwa menjumpai kesan tapak kaki kanak-kanak di tepi sungai menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya terjatuh di situ," katanya semasa dihubungi hari ini.
Norzamri berkata sungai itu terletak di dalam ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari jalan utama.
Beliau berkata bapa mangsa kemudian meminta bantuan orang kampung untuk mencari anaknya di sungai, sebelum pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian pada 4 petang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pada petang semalam melibatkan polis, bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia namun dihentikan pada 8 malam kerana cuaca mulai gelap.
"Operasi SAR bersambung pagi ini dengan melibatkan anjing pengesan untuk mencari jejak akhir mangsa sama ada di sungai atau di hutan berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Sungai Felda Jengka 4 itu terletak di dalam ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari jalan utama. - Foto Facebook Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Kanak-kanak hilang dalam kereta ditemui lemas
Mayat mangsa ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.
Kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai Felda Jengka 4
Muhammad Abdullah disedari tiada di tempat duduk kereta pada 1 tengah hari, kira-kira 15 minit selepas bapanya meninggalkannya.