SHAH ALAM: Walaupun baru berusia 4 tahun, seorang kanak-kanak istimewa Rashwin a/l Kalithas berjaya mencatatkan namanya di dalam Malaysia Books of Records (MBR) bagi kategori 'Mengenal pasti bendera antarabangsa terbanyak oleh kanak-kanak autisme' apabila berjaya mengenal pasti 198 bendera dalam masa 9 minit 54 saat.
Perunding Kanan Rekod MBR Edwin Yeoh berkata pencapaian itu adalah sesuatu yang luar biasa kerana kanak-kanak autisme biasanya mempunyai daya fokus yang kurang dan sangat mudah terganggu.
"Rashwin melakukan dua kali percubaan (secara maya) tetapi tidak melakukan dengan baik, tetapi dalam percubaan ketiga, kita sebenarnya mahu menggunakan kad imbasan (secara fizikal) kerana beliau sudah biasa dengan cara itu (dan akhirnya dia berjaya memecahkan rekod tersebut)," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sijil tersebut di sini.
Katanya rekod terdahulu dipegang oleh seorang budak lelaki berusia lima tahun dari Negeri Sembilan yang dicatatkan awal tahun ini.
"Bapanya, Kalithas Selvaraju, 40, telah menghantar permohonan untuk aksi memecahkan rekod dan rekod sebegini wujud pada peringkat antarabangsa namun tidak ia bukan dipecahkan oleh kanak-kanak autisme.
"Kita juga berasakan seseorang dewasa jika diuji sedemikian, belum tentu dapat jawab separuh daripadanya seperti yang dilakukan Rashwin memandangkan sukar untuk kanak-kanak autisme memberi fokus pada satu-satu barang tertentu kerana daya perhatiannya singkat dan mudah terganggu," kata Yeoh.
Katanya MBR terpaksa menolak permohonan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang boleh mengenal pasti 215 bendera dalam masa 12 minit kerana Rashwin lebih pantas.
Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan, Krishnarani Balakrishnan, 36, berkata anak keduanya itu telah berjaya menetapkan satu tanda aras yang baharu.
Suri rumah itu berkata beliau mula mengesan bakat anaknya itu seawal usianya dua setengah tahun kerana dia berminat dengan kamus bergambar selain bentuk dan warna.
Beliau dan suami, yang bekerja sebagai pengurus data, memutuskan agar Rashwin mencuba nasib untuk memecahkan rekod MBR sebaik sahaja dia boleh mengikut arahan.
"Untuk rancangan masa depan, kami akan beri dia masa sebelum cuba memecahkan rekodnya sendiri.
"Kami juga mahu terus memberi pendedahan tentang autisme dan memberi inspirasi kepada lebih ramai ibu bapa untuk lebih memahami anak-anak autisme mereka.
"Secara peribadi, kami mahu generasi muda memahami mengenai penyaki autisme. Bagi sekolah, alangkah baiknya sekiranya kesedaran mengenai autisme diselitkan di dalam pendidikan kerana banyak kes buli melibatkan golongan ini," kata Krishnarani yang juga bekas pengurus insurans.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 04 2021
K. Rashwin, 4, (tiga, kanan) menerima sijil The Malaysia Book of Records (MBR) daripada Senior Record Consultant MBR, Edwin Yeoh (kiri) pada majlis penyampaian sijil tersebut di Headstart Academy. -Bernama
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Kanak-kanak autisme cipta rekod kenal pasti 198 bendera negara kurang 10 minit
Rekod terdahulu dipegang oleh seorang budak lelaki berusia lima tahun dari Negeri Sembilan yang dicatatkan awal tahun ini.