KUALA LUMPUR: Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, menjadi Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk memartabatkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Mohd Na'im berkata beliau akan memastikan Kampung Sungai Baru khususnya Kampung Baru supaya mendapat lebih tumpuan untuk menangani isu kemiskinan, keciciran pendidikan, kesihatan, pengangguran, keselamatan, penyalahgunaan dadah, infrastruktur dan sebagainya.
"Sebagai anak Kampung Baru, saya rasa amat bertanggungjawab untuk berusaha membantu keperluan warga Kampung Sungai Baru dalam pelbagai aspek khususya bidang pendidikan dan penghayatan Islam kerana ia berkait rapat dengan bidang tugas saya selaku Menteri Agama.
"Saya membesar di sini sejak zaman kanak-kanak dan remaja lagi dan terdedah dengan hiruk-pikuk kota raya. la menjadi universiti kehidupan yang mengajar saya erti semangat tolong menolong, bekerjasama dan juga perjuangan hidup. Seribu satu kenangan dan nostalgia telah dilalui sehingga membentuk diri saya pada hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santuni MADANI: Mini Karnival Kampung Angkat MADANI di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau juga berhasrat untuk menubuhkan Pasukan Kerja Santuni MADANI Kampung Baru yang akan dipengerusikan sendiri oleh penduduk kampung itu bagi melicinkan gerak kerja yang direncanakan untuk kemajuan kampung itu.
Pada 6 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara supaya memilih kampung asal atau kampung lain untuk dijadikan kampung angkat bagi memastikan pembangunan tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja.
Terdahulu, Mohd Na'im dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan sumbangan kepada tiga asnaf yang merupakan penerima bantuan zakat MAIWP di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru pada Program Ziarah MADANI.
Mereka ialah ibu tunggal Norazian Bistaman, 52; warga emas Siti Norsiah Mashkor, 70; dan penghidap penyakit saraf Badrol Hisham Mohd Noor, 62, dengan kesemuanya menerima bantuan wang tunai dan barang makanan sumbangan daripada agensi itu.
Mohd Na'im turut berkesempatan beramah mesra bersama pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru yang dipilih untuk menjadi simbolik penyerahan Program Gerobok Rezeki Sekolah Wilayah Persekutuan Tahun 2024 berjumlah RM1.5 juta.
"Program Gerobok Rezeki Sekolah merupakan inisiatif MAIWP dalam memastikan tiada anak-anak terutamanya pelajar sekolah yang kelaparan.
"Dengan konsep 'ambil atas keperluan, beri tanpa persoalan', program yang digerakkan dengan kerjasama Pertubuhan Keinsanan Malaysia (HUMANITY) itu telah memanfaatkan semua pelajar tanpa mengira agama dan bangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Mohd Na'im (dua, kiri) meninjau rumah asnaf, Siti Norsiah Mashkor (dua, kanan) pada program Ziarah MADANI Kampung Baru hari ini. - Foto Bernama
The Flow Country perangkap bagi jutaan karbon
The Flow Country yang terletak di kawasan tanah tinggi utara Scotland, diisytiharkan sebagai kawasan tanah gambut pertama yang menerima pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO. Kawasan yang terbentang seluas 4,000 kilometer persegi itu mempunyai ekosistem tersendiri dan menyimpan nilai khanazah tinggi, selain mampu menyimpan sebanyak 400 juta tan karbon dari dilepaskan ke atmosfera.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Niah di Miri, Sarawak mencipta sejarah apabila diluluskan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Unesco terbaharu.
Tumpuan Ahad – 28 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Julai 2024.
Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Justin Timberlake tidak mabuk, kes wajar digugurkan - Peguam
Peguam Justin Timberlake memberitahu penyayi pop itu tidak mabuk ketika ditahan di Sag Harbour di Rhode Island, baru-baru ini.
3 Pemimpin pelajar ditahan untuk keselamatan
Tiga pemimpin pelajar Bangladesh yang menganjurkan bantahan terhadap kuota pekerjaan perkhidmatan awam, ditahan polis bagi menjamin keselamatan mereka.
Kumpulan terkesan kenaikan diesel mungkin 'merajuk'
Isu-isu nasional dan kos sara hidup akan terus mendominasikan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.
Tidak mustahil BN rampas semula Nenggiri
Melihat pada sejarah, tidak mustahil untuk calon Barisan Nasional untuk merampas semula DUN Neggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar
Kerajaan giat menggerakkan usaha bagi memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama golongan muda melanjutkan pelajaran sekali gus menyumbang kepada pendapatan serta kemajuan Malaysia.
Kampung Sungai Baru jadi Kampung Angkat Menteri Agama
Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, menjadi Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Kampung Sungai Baru: ‘Sudah gaharu cendana pula...', kata Dr Zaliha kepada Shahidan
Selepas tertangguh sekian lama, pecah tanah projek itu dijangka boleh diadakan pada penghujung tahun ini.
Isu Kg Sungai Baru: Layan sebagai pemilik sah bukan setinggan
Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan berharap agar ada penyelesaian seadilnya untuk pemilik tanah dan pembangunan Kampung Sungai Baru.
Banjir pulih, dua PPS di Taiping ditutup
PPS Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Sungai Baru, Trong yang menempatkan 14 mangsa dari empat keluarga ditutup jam 7.30 malam tadi.
Pengambilan tanah Sungai Baru, Kampung Baru diteruskan
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) bersetuju pengambilan tanah bagi pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini, diteruskan.
Penduduk harap pembangunan Kampung Sungai Baru diselesaikan segera
Sejak dari awal lagi, pemaju menawarkan unit kondominium kepada semua penduduk yang terjejas dan difahamkan, nilai satu unit mencecah RM800,000 dan ada yang melebihi RM1 juta.
Ramadan yang hiba, Aidilfitri yang suram buat penduduk Kampung Sungai Baru
Suasana di kampung tersebut sunyi, tak tahulah mungkin kerana puasa atau kerana penduduk kini hanya menghitung hari untuk meninggalkan rumah yang sudah lama mereka duduki.
PKB hanya bertindak sebagai fasilitator dalam pembangunan semula Kampung Sungai Baru
Perjanjian usaha sama tersebut adalah antara pemilik tanah/petak dengan Ritzy Gloss Sdn Bhd.