BINTULU: Persinggahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di Kampung Penan Muslim Batu 10, di sini hari ini dianggap oleh penghulu kampung itu sebagai manifestasi pengiktirafan Seri Paduka berdua terhadap kepelbagaian kaum yang terdapat di Sarawak.
Penghulu Raini Piee, 64, berkata Al-Sultan Abdullah merupakan ketua negara pertama yang berkenan berangkat ke kampung yang telah wujud sejak 55 tahun lepas itu.
"Inilah kali pertama Yang di-Pertuan Agong datang ke kampung kami, dan kami amat menjunjung kasih atas perkenan baginda singgah di sini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Kampung Penan Muslim Batu 10 yang diasaskan oleh ayahnya Piee Miring pada tahun 1968 bermula dengan hanya tiga keluarga, kini telah berkembang kepada 374 rumah dengan 1,050 orang penduduk.
"Dulu kawasan kampung ini adalah hutan tebal, bapa saya memeluk Islam semasa berkahwin dengan ibu saya yang merupakan orang Brunei, dan merekalah antara pengasas yang membuka kampung ini.
"Mengikut sejarah kami, kaum Penan ini adalah kaum nomad yang berpindah-randah serta tidak beragama dan mencari penghidupan berhampiran dengan sungai. Keluarga saya sendiri berasal dari kawasan Sungai Sebiew, Bintulu sebelum membuka kampung ini," katanya.
Raini berkata kaum Penan yang populasinya tertumpu di kawasan pedalaman utara Sarawak kini sudah berubah dan telah menerima cara kehidupan baharu serta moden.
Malah, menurutnya pakaian kaum Penan muslim juga kini sudah berbeza sesuai dengan agama Islam selain ada dalam kalangan kaum itu yang sudah memegang jawatan Temenggong dan Pemanca.
Terdahulu, keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah di kampung yang terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Bintulu itu disambut penuh meriah dan ceria oleh penduduk kampung, ada yang siap memperagakan busana tradisional Penan.
Pasangan diraja itu turut berkenan mengurniakan sumbangan bantuan kepada 100 orang asnaf di kampung berkenaan.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Ahli Dewan Undangan Negeri Samalaju Datuk Majang Renggi.
Esok, konvoi Kembara Kenali Borneo dijadual melawat Rumah Raymond Plen, Sungai Gelam, Sebauh, kira-kira 44km dari Bintulu, dengan aktiviti memasak, memancing dan penyampaian asnaf diatur bagi meraikan keberangkatan Seri Paduka berdua dan rombongan.
Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Esok, konvoi Kembara Kenali Borneo dijadual melawat Rumah Raymond Plen, Sungai Gelam, Sebauh, kira-kira 44km dari Bintulu - Gambar Bernama
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Kampung Penan Muslim menjunjung kasih, terharu dengan kunjungan Agong
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah di kampung yang terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Bintulu itu disambut penuh meriah dan ceria oleh penduduk kampung.