Pembinaan bangunan Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Kampong Bharu akan menjadi lambang kemegahan seni bina yang mempamerkan ciri-ciri Istana Melayu.
Setiausaha Agong, DPMM, Amirhamzah Karim berkata, ia tanda penyambungan legasi Melayu yang semakin dilupakan kini.
"MAS dan DPMM telah mengambil suatu inisiatif untuk bergabung bagi membentuk Kampong Bharu sebagai satu pembangunan yang boleh memodenkan pemikiran dan kehidupan serta budaya Melayu.
"Dua badan inilah yang membolehkan integriti Melayu dikekal dan dibawa ke masa hadapan dengan menerusi pembangunan konsepsual dan fizikal.
"Ciri-ciri utama dalam seni bina Melayu bangunan itu kelak termasuk bumbung yang meruncing, rumah panggung, berandah, tingkap yang luas dan loteng," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
BACA: Kampung Baru: Agong sudah perkenan, henti guna sentimen Melayu - Khalid Samad
BACA: Selesaikan isu pusaka sebelum cerita pembangunan Kampong Bharu - MAS
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Memorandum Persefahaman (MoU) antara DPMM, MAS dan Malaysian Timber Council (MTC) ditandatangani pada Rabu.
Sebagai kawasan yang bermulanya tamadun moden di Kuala Lumpur, Kampong Bharu telah wujud pada lingkungan tahun 1900 untuk menampung beberapa komuniti yang berhijrah dari pelbagai pelosok kepulauan Nusantara.
Setelah 65 tahun bermastautin dan menbangunkan Kampong Bharu, kerajaan Selangor menganugerahkan tanah hak milik kekal kepada penduduk di lokasi berkenaan.
Ini dilakukan memandangkan kebanyakan penduduk telah menjadikan perniagaan sebagai hasil pendapatan mereka apabila Kuala Lumpur berkembang dengan pesat dan pembangunan yang berasaskan perdagangan.
Dalam pada itu Amirhamzah menjelaskan, bangunan itu akan mempunyai sebuah dewan serba guna, tabika dan sebuah sekolah agama.
"Selain itu, akan dibina juga tiga pangsapuri lapan sehingga 12 tingkat untuk penempatan sementara bagi penduduk yang terlibat dalam pembangunan berkenaan.
"Bangunan ini juga dibina sebagai titik tanda bagi orang-orang Kampong Bharu menjadikan tempat ini pusat bagi aktiviti-aktiviti perkampungan yang boleh mengeratkan lagi jalinan kejiranan.
"Gerai-gerai sekeliling Kampong Bhru akan diletakkan di bangunan ini supaya penduduk dapat bersama bertanya khabar dan menjalankan aktiviti bersama jiran-jiran setempat," ujarnya.
Katanya, MoU itu diharap mengilhamkan satu perkembangan yang berintigriti, bersepadu dan bertaraf tinggi bagi Kampong Bharu untuk masa kini dan dan akan datang.
Astro Awani
Thu Feb 13 2020
Amirhamzah (tujuh dari kiri) memberitahu, bangunan itu akan mempunyai sebuah dewan serba guna, tabika dan sebuah sekolah agama. - Gambar DPMM
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Banjir: Penduduk di Pamol minta tapak perkampungan baharu
Mereka tidak dibenarkan membina apa-apa struktur bangunan di kampung mereka selepas tanah perkampungan berkenaan dimiliki oleh pihak ladang.
Anjur majlis perkahwinan di dewan ketika PKP, polis buka siasatan
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden Saralathan Duraisamy berkata, gambar majlis berkenaan menjadi tular di media sosial.
COVID-19: Thailand buka lebih banyak hospital lapangan
Thailand membuka hospital lapangan yang keenam di Bangkok susulan lonjakan kes COVID-19 sejak awal April.
COVID-19: Sarawak benarkan berbuka puasa di hotel, restoran dan dewan
Pengusaha hotel, restoran dan dewan yang ingin mengadakan perkhidmatan berbuka puasa wajib memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian masing-masing.
Perak benarkan majlis nikah di dewan mulai Jumaat
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di dewan hotel atau dewan komuniti serba guna, berkuat kuasa Jumaat ini.
Menteri kembali jawab secara lisan, masa dipendekkan
Menteri akan kembali menjawab soalan secara lisan namun masanya dipendekkan kepada 10 minit berbanding 30 minit yang diamalkan sebelum ini.
Tengku Razaleigh gesa Dewan Rakyat bahas Usul Tidak Percaya
Perkara itu didedahkan oleh Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat yang dihantar beliau kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 25 September lalu.
JHEAIPP benarkan zakat fitrah dibayar di masjid
Keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara.
Kampong Bharu: Perkembangan bersepadu pamer ciri Istana Melayu
MAS dan DPMM telah mengambil suatu inisiatif untuk bergabung bagi membentuk Kampong Bharu sebagai satu pembangunan yang boleh memodenkan pemikiran dan kehidupan serta budaya Melayu.
181 pusat pemindahan banjir berdaftar di N. Sembilan
Sebanyak 181 pusat pemindahan didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan persiapan menghadapi banjir di beberapa daerah di negeri ini berjalan lancar di masa akan datang.