Sebanyak 181 pusat pemindahan didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan persiapan menghadapi banjir di beberapa daerah di negeri ini berjalan lancar di masa akan datang.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Mat Ali Hassan berkata ia terdiri daripada sekolah, balai raya, dewan besar dan kompleks sukan untuk dijadikan sebagai pusat pemindahan kepada mangsa sama ada kejadian banjir ataupun kecemasan.
"Penyelia pusat pemindahan pula terdiri daripada kalangan guru besar, pengetua sekolah, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Persekutuan sebagai pegawai yang bertanggungjawab kepada pusat pemindahan di bawah jagaan masing-masing.
"Seramai 1,069 anggota penyelamat dari pelbagai agensi bersedia digerakkan pada bila-bila masa apabila berlakunya bencana dengan kepakaran dan fungsi tugas masing-masing," katanya pada majlis penutup Taklimat Pengurusan Pusat Pemindahan Sempena Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana di sini, hari ini.
Teks beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Salinah Ismail.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Roslan Wahab dan Pengarah dan Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Kamal Mokhtar.
Sementara itu, Mat Ali berkata menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia musim tengkujuh lazimnya akan membawa hujan lebat di beberapa kawasan pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta sebahagian negeri di Semenanjung telah bermula pada pertengahan November lalu dan dijangka berlarutan sehingga Mac tahun depan.
"Merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran setakat Selasa lepas, rekod bacaan taburan hujan di Negeri Sembilan secara purata tahunannya adalah berjumlah 2,200mm setahun, tetapi beberapa daerah di negeri ini telah mencatatkan jumlah bacaan taburan hujan melebihi daripada purata tahunan.
"Seperti Seremban dengan bacaan 2,502.71mm, Port Dickson dengan bacaan 2,329.25mm, Rembau 2,307.35mm dan Kuala Pilah 2,141.30mm," katanya.
Beliau berkata dari Januari hingga 2 Nov lepas, 38 kejadian banjir dicatatkan di negeri ini dengan daerah Seremban mencatat jumlah tertinggi iaitu 13 kes kejadian banjir kilat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2017

Sebanyak 181 pusat pemindahan didaftarkan di bawah JKM bagi memastikan persiapan menghadapi banjir di beberapa daerah di Negeri Sembilan berjalan lancar. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Ramai tidak dapat mengundi, punca pemilihan PKR Keningau kecoh
Difahamkan, kumpulan berkenaan tidak berpuas hati apabila proses pengundian di Balai Raya Kampung Marampong itu ditutup walaupun masih ramai anggota parti yang belum mengundi.

181 pusat pemindahan banjir berdaftar di N. Sembilan
Sebanyak 181 pusat pemindahan didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan persiapan menghadapi banjir di beberapa daerah di negeri ini berjalan lancar di masa akan datang.