Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan ia menghidangkan roti berkulat kepada pesakit di wad ortopedik hospital berkenaan seperti yang ditularkan di laman sosial, Ahad lepas.
HKL, dalam kenyataan hari ini, berkata gambar pesakit sedang memegang roti yang berkulat dalam Facebook itu adalah tidak benar.
Menurut kenyataan itu, sebaik menerima aduan daripada waris pesakit bahawa roti tersebut berkulat, pihak wad terus membuat pemeriksaan dan didapati roti berkenaan masih tidak luput tarikhnya, masih berbungkus dan tidak berkulat.
"Penjelasan lanjut telahpun diberikan kepada pihak waris bahawa tompokan kuning pada roti adalah ibu roti (yis) yang tidak diadun rata bancuhannya.
"Pesakit juga telah diberikan roti lain sebagai hidangan menggantikan roti tersebut," menurut kenyataan itu.
HKL menjelaskan bahawa pihak hospital telah mengarah Jabatan Dietetik dan Sajian HKL untuk menjalankan siasatan lanjut berkenaan insiden tersebut termasuk membuat pemeriksaan bekalan roti di wad dan juga stok roti di jabatan berkenaan. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 13 2017
HKL, dalam kenyataan hari ini, berkata gambar pesakit sedang memegang roti yang berkulat dalam Facebook itu adalah tidak benar. - Gambar fail
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Kes dera: Pemilik dan pengasuh taska akan didakwa
Pemilik taska yang ditahan berhubung kes tiga kanak- kanak diikat dan dipercayai didera akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang dalam masa terdekat.
Kes kanak-kanak diikat: Taska beroperasi tanpa lesen
Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bangi yang disyaki terbabit dalam kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera didapati beroperasi tanpa lesen.
Gambar bayi diikat: Empat wanita disambung reman dua hari lagi
Perintah reman terhadap empat wanita yang ditahan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini, disambung dua hari lagi sehingga Selasa ini.
Gambar bayi diikat: Pekerja dan pemilik taska ditahan reman
Tiga pekerja wanita dan seorang pemilik sebuah Taska direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung gambar viral yang memaparkan beberapa kanak-kanak diikat.
Kami tak hidang roti berkulat, foto viral adalah tidak benar - HKL
Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan ia menghidangkan roti berkulat kepada pesakit di wad ortopedik hospital berkenaan seperti yang ditularkan di laman sosial, Ahad lepas.