KUALA TERENGGANU: 'Sudah lebih 60 hari ibu terlantar di hospital, kami harap sangat dia dapat segera dibawa pulang, demikian luahan hati tiga beradik yang masih menantikan kepulangan ibu mereka yang kini terlantar sakit di sebuah hospital swasta di Madinah.
Zuraini Sapi'n, 32, berkata, ibu mereka, Hasmah Hamid, 62, sepatutnya pulang ke rumah mereka di Chendering, di sini pada 12 Mei lalu selepas selesai menunaikan ibadah umrah yang disertai pada 30 April.
Bagaimanapun katanya, ibu mereka yang pergi ke Tanah Suci bersama sebuah syarikat pakej umrah jatuh sakit pada 9 Mei di Madinah dan dimasukkan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.
"Ibu mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan terpaksa ditidurkan selama 40 hari.
"Selepas ibu telah sedar dan beransur pulih, pihak hospital hubungi kami di sini untuk membawa pulang ibu ke Malaysia setelah melunaskan bayaran.
"Apa yang menjadi masalah ketika ini ialah kami tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membayar kos rawatan yang kini mencecah 212,000 riyal," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Permint Jaya di sini pada petang Ahad.
Menurut Zuraini, bil hospital yang perlu ditampung setiap satu hari bersamaan 5,000 riyal dan setakat ini sebanyak 100,000 riyal selesai dibayar menggunakan insurans.
Katanya, setakat ini terdapat baki sebanyak 112,000 riyal yang perlu dilunaskan bagi membawa pulang ibu mereka.
Difahamkan, Hasmah yang merupakan seorang ibu tunggal mempunyai dua lagi anak iaitu iaitu Zuraida, 42, dan Mohd Asdi Awang@Abidin, 28 serta sembilan cucu.
Sementara itu, Zuraini memberitahu, kerinduan mereka sekeluarga belum terubat walaupun sebahagian barang termasuk buah tangan yang dibelikan ibu mereka telah ditantar pulang.
"Sebahagian barang-barang mak sudah dihantar pulang bersama ahli rombongan umrah lain yang pulang semula ke Malaysia pada 12 Mei mengikut jadual yang ditetapkan," katanya.
Tidak hanya menunggu, Zuraini berkata, mereka sekeluarga turut mengambil beberapa ikhtiar bagi mengumpul wang yang mencukupi untuk membayar bil rawatan tersebut.
Katanya, selain menularkan di media sosial, mereka juga telah mengemukakan permohonan bagi memohon bantuan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Menurut Zuraini, setakat ini permohonan Maidam masih dalam proses manakala sumbangan awam pula telah mencecah RM37,000.
"Kami juga berharap ada pihak yang sudi membantu untuk kami segera membawa pulang kerana kami dimaklumkan risiko untuk dia kembali jatuh sakit semula tetap ada.
"Pihak hospital juga bimbang jika terlalu lama lagi ibu berada di hospital dikhuatiri menyebabkan dia menjadi murung dan tahap kesihatannya juga boleh terjejas. Lebih-lebih lagi ketika ini dia hanya berseorangan di sana," ujarnya.
Mana-mana individu yang ingin membantu keluarga tersebut boleh menghubungi Mohd Asdi di talian 014-5182657. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 10 2023
Menurut Zuraini (kanan), bil hospital yang perlu ditampung setiap satu hari bersamaan 5,000 riyal dan setakat ini sebanyak 100,000 riyal selesai dibayar menggunakan insurans. - Gambar/ Sinar Harian
Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Menteri Perladangan dan Komoditi akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi.
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.
Presiden baharu Lubnan gesa dasar pertahanan menyeluruh, dialog dengan Syria
Joseph Aoun ajak semua pihak bincang dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Willie Walsh berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
'Kami harap ibu segera dibawa pulang dari Madinah'
'Kami harap ibu segera dibawa pulang'