SEMPORNA:Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bercadang memasang kamera resolusi tinggi (Big Eye) di Pulau Bohey Dulang, dekat sini bertujuan memperkukuhkan kawalan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata perkara itu sudah dibawa ke pengetahuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar dapat dilaksanakan.
"Jika ada Big Eye ini (kawalan dan pemantauan pasukan keselamatan) akan lebih komprehensif, ditambah lagi dengan radar sedia ada iaitu Target Hardening yang diletakkan di kawasan strategik di perairan ESSZone," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Pulau Boheyan, Pulau Pom-Pom dan Pulau Bohey Dulang bagi meninjau Target Hardening di sini, hari ini.
Dalam pada itu, katanya Target Hardening di Pulau Boheyan yang berada di bawah pengawasan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) dan Pulau Pom-Pom yang dikendalikan Pasukan Gerakan Am itu, sedang diselenggara.
"Kita tambah baik Target Hardening di dua lokasi ini sebab kali terakhir kita lakukannya pada 2015 di Pulau Boheyan dan Pulau Pom-Pom pada 2017.
"Jadi memang ada sedikit pembaikan yang kita buat untuk Target Hardening di dua lokasi ini dan kita jangkakan kerja-kerja ini akan siap dalam tempoh satu ke dua minggu ini," katanya.
Target Hardening merupakan radar jarak dekat yang boleh mengesan objek jelas dalam jangkauan.
Dalam lawatan itu, Jamaluddin turut menyampaikan sumbangan ESSCom berupa pelitup muka, pensanitasi tangan, sarung tangan dan set perlindungan keselamatan diri (PPE) kepada pasukan keselamatan di tiga lokasi pulau berkenaan.
Menurutnya lawatan itu juga sebagai memberi sokongan moral kepada petugas keselamatan dan menyampaikan isi hati rakyat Sabah yang menzahirkan ucapan terima kasih atas khidmat bakti menjaga keselamatan dan keamanan perairan Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020

Perkara itu sudah dibawa ke pengetahuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar dapat dilaksanakan. -Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.

ESSCom keluarkan senarai 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki
Kesemua suspek dikehendaki itu merupakan warga asing dan mempunyai kaitan atau terlibat dalam jenayah penculikan hang berlaku di ESSZone.

Kamera 'Big Eye' mampu kukuh keselamatan ESSZone
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bercadang memasang kamera resolusi tinggi (Big Eye) di Pulau Bohey Dulang.

ESSCom tunggu aset tambahan untuk mantapkan rondaan keselamatan di sempadan negara
Permohonan keperluan aset tambahan di darat telah dikemukakan melalui Kementerian Dalam Negeri sebelum ini dan diluluskan.

Pemimpin Abu Sayyaf penggal kepala rakyat Malaysia ditahan
Penjenayah Filipina iaitu Sub-Komander Abu Sayyaf, Idang Susukan yang bertanggungjawab memenggal kepala rakyat Malaysia Bernard Then Ted Fen ditahan polis Filipina semalam.

Bina pangkalan khas, guna dron kekang kemasukan pelarian Rohingya - Nawawi
Pelarian etnik Rohingya yang berjaya bolos masuk ke pulau ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

ESSCom perlu dikekalkan, tambah baik - Komander ESSCom
Struktur dan bentuk sedia ada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) perlu dikekalkan serta ditambah baik.

KPN sarankan perintah berkurung ESSZONE ditarik balik
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyarankan agar perintah berkurung di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) ditarik balik.

Langkah naik taraf aset strategik pasukan keselamatan kritikal bagi pantai timur Sabah - Vivian Wong
Langkah menaik taraf aset strategik pasukan keselamatan di pantai timur Sabah kritikal bagi meningkatkan tahap keselamatan maritim.