PARIS: Kerajaan perlu memastikan ia menerangkan rasional dan implikasi isu penggunaan kalimah Allah dengan jelas kepada rakyat.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, antara yang patut menjadi fokus utama kerajaan adalah memastikan rakyat faham isu berkenaan sepenuhnya, bagi mengelakkan sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk membangkitkan amarah atau ketidaktenteraman.
“Perdana Menteri pun ada sebut bahawa penekanan (isu) ini hanya bagi rakyat di Sarawak.
“Apa pun, perlu satu penyelesaian dari segi kefahaman rakyat, supaya tiada salah faham, dan tiada mereka yang ambil kesempatan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian.
“Kita ini negara majmuk yang mempunyai undang-undang dan perlembagaan.
“Jadi saya harap kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk mengkaji dan membincangkan (isu ini), dan InsyaAllah menteri-menteri UMNO dalam mesyuarat kabinet akan menyuarakan suara akar umbi,” ujarnya.
Azalina sebelum ini mengesahkan menteri-menteri daripada partinya akan membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.
“Menteri-menteri UMNO memang mempunyai banyak kefahaman dan pengalaman tentang sentimen orang Melayu Islam berkenaan dengan isu sedemikian rupa.
“Kita berpengalaman memerintah sejak merdeka, jadi saya tahu kebijaksanaan yang ada hari ini boleh memastikan kita sama-sama dapat cari jalan penyelesaian,” katanya.
Azalina menambah, sebarang penyelesaisan perlu turut mengambil kira suara pemimpin politik dari Sabah dan Sarawak.
“Isu agama ini, macam orang tarik rambut dalam tepunglah., tak boleh kita terlampau tidak peka, sebab ia sangat sensitif,” katanya.
Luqman Hariz
Tue May 16 2023
Azalina menyifatkan pengendalian isu sensitif berkenaan ibarat menarik rambut dari tepung. - Foto BERNAMA
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Logo kasut mirip kalimah Allah: Lapor polis jika ada maklumat - MCMC
Beri ruang pada JAKIM dan pihak berkuasa lakukan siasatan berhubung dakwaan itu.
Vern’s minta maaf, sedia pulangkan semula wang kepada pelanggan
Verns mengatakan logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.
Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.
#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.
Sentuh 3R: Kerajaan tidak akan bertolak ansur - PM
Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).
Serangan KK Mart: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama adakan mesyuarat tergempar
Tiga buah kedai serbaneka KK Mart dibaling 'molotov cocktail' bermula dengan serangan di KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol pada 25 Mac.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.