KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) didenda RM28,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana menerima suapan berkaitan pembekalan peralatan pejabat, tahun lepas.
Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Nazrin Mohd Nasir, 38, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan.
Mohd Nazrin sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Pertahanan Awam di APM didakwa menerima wang tunai berjumlah RM20,500 dan cuba mendapatkan RM18,000 tanpa balasan daripada pemilik Syarikat Pendang Jaya Sdn Bhd yang tertuduh ketahui syarikat tersebut tiada kena-mengena dengan tugas rasminya.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tiga restoran berasingan di Putrajaya dan Pahang antara 7 hingga 11 Okt 2021, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Peguam Khairul Naim Rafidi yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda kerana anak guamnya penanggung tunggal keluarga yang menyara isteri serta seorang anak berusia 13 tahun selain menghidap diabetis yang memerlukan suntikan insulin.
Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras memohon hukuman berat kerana tertuduh yang merupakan penjawat awam telah mengetepikan integritinya dengan terlibat dalam jenayah rasuah yang merupakan suatu perbuatan jijik dalam kalangan masyarakat. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022
Seorang kakitangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia didenda RM28,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, hari ini kerana menerima suapan berkaitan pembekalan peralatan pejabat, tahun lepas.
Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Kakitangan APM didenda RM28,000 terima suapan
Tertuduh didakwa menerima wang tunai berjumlah RM20,500 dan cuba mendapatkan RM18,000 tanpa balasan.
Tiga kakitangan APM mengaku tidak bersalah minta rasuah
Tiga kakitangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan meminta suapan berkaitan perbekalan peralatan pejabat, tahun lepas.