PASIR MAS: Kehidupan empat beradik, Atikah, 28, Mohd Amri, 25, Nor Alia, 16, dan Mohd Muslim, 10, yang cacat fizikal sejak dilahirkan di Lati, Pasir Mas, Kelantan kini terhimpit.
Ibu tempat mereka bergantung harapan meninggal dunia akibat kanser, dan kini, kakak yang mengambil alih tanggungjawab menjaga mereka pula hilang mata pencarian, sejak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Hanya Atikah dan Mohd Amri terima bantuan Jabatan Kebajikkan Masyarakat (JKM) setiap bulan.
Sejak setahun lalu, tanggungjawab menjaga kebajikan mereka diambil alih tiga kakak lain.
Dua daripada mereka mengusahakan kedai makan, namun tiada pendapatan dijana sejak PKP dilaksanakan.
"Selepas mak meninggal dunia, kami yang jaga adik. Ayah sudah kahwin lain jadi kamilah yang jaga adik kami yang OKU ini," jelas Normini Idayu Mohd Rosli.
Kata Normimi, dia bimbang kekurangan sumber kewangan akan mengganggu kebajikan empat adiknya.
Dia pula masih perlu bertatih untuk memulakan semula kedai makannya selepas lama tidak berniaga.
Mereka berharap ada pihak yang sudi membantu mengurangkan beban ditanggung keluarga ini.
BACA: PEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM
BACA SEMUA BERKAITAN PEMULIH DI SINI
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
Sejumlah RM300,000 juga diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berhubung perkara ini memaklumkan peruntukan itu turut diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Muhafandi Muhamad
Sun Jul 11 2021
Ibu tempat mereka bergantung harapan meninggal dunia akibat kanser, dan kini, kakak yang mengambil alih tanggungjawab menjaga mereka. - Astro AWANI
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan khidmat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU
Kerajaan Selangor menubuhkan JKPPP untuk menyemak, menilai serta menambah baik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Tiga inisiatif kepada Perkeso tekad kerajaan wujud ekonomi inklusif mampan
Tiga inisiatif utama Belanjawan 2025 yang dikhususkan untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mencerminkan tekad kerajaan mewujudkan ekonomi MADANI yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.
Pengawal keselamatan didakwa rogol, amang seksual anak kandung
Seorang pengawal keselamatan didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya berumur 15 tahun.
Kanak-kanak OKU 11 tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Lokub, Sepanggar.
Program sehari dekatkan aksesibiliti maklumat, perkhidmatan PNM kepada komuniti OKU
Program itu antara usaha PNM sebagai entiti yang diberi kuasa untuk memperkasa dan mempromosikan aktiviti bagi golongan OKU penglihatan.
Lelaki OKU sesat di hutan sejak semalam, ditemukan selamat
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan sesat di hutan di Rancangan Pemulihan Tanah Sungai Pas, Kuala Krai semalam, ditemukan selamat malam ini.