Kajian mengenai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) telah siap dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Jun atau Julai tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot.
Beliau berkata kerajaan mengambil masa hampir tiga tahun untuk menyiapkan kajian itu yang melibatkan 35 perbincangan dengan syarikat pekerjaan dan peserta industri.
Pihak kementerian turut menghantar pegawai ke Korea Selatan dan Jepun bagi meneliti sistem mereka, katanya kata pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 kementeriannya, di sini hari ini.
Beliau berkata SIP dijangka dilaksanakan pada 1 Jan 2018 manakala bayaran faedah akan dibuat bermula 1 Jan 2019.
SIP diperkenalkan buat pertama kali pada Bajet 2015 bagi membantu pekerja yang diberhentikan menerusi bantuan kewangan sementara selain menyediakan peluang latihan semula dan peningkatan kemahiran.
Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata pelaksanaan SIP akan dibuat menerusi caruman pekerja serta majikan dan ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial.
Najib berkata SIP merupakan satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang hilang pekerjaan mendapatkan bantuan kewangan dan menari pekerjaan baharu.
Mengulas perkembangan lain, Riot berkata beliau tidak tahu mengenai keputusan Indonesia untuk menyambung semula penghantaran rakyatnya bekerja sebagai pembantu domestik di luar negara.
Bagaimanapun beliau menyifatkan laporan itu sebagai kenyataan tidak rasmi memandangkan tiada surat rasmi dihantar kepada kerajaan Malaysia berhubung perkara tersebut.
Riot mengulas laporan media memetik pegawai kanan di Kementerian Ketenagakerjaan Indonesia bahawa Jakarta akan menarik balik larangan penghantaran pembantu domestik dan sedang berbincang dengan negara berkaitan bagi memastikan pembantu domestik Indonesia dilayan dengan baik.
Mengenai insiden dipaksa bekerja lebih masa melibatkan 172 orang termasuk 14 warga tempatan di Klang, Riot berkata kes itu sedang disiasat dan majikan akan dikenakan hukuman setimpal jika didapati bersalah mengeksploitasi pekerja.
Semalam, seorang lelaki bergelar 'Datuk' ditahan selepas dia didakwa mengeksploitasi pekerja wanita asing dan tempatan dengan memaksa mereka bekerja lebih masa di sebuah kilang pemprosesn sarang burung di Klang. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 29 2017
![Kajian sistem insurans pekerjaan siap - Riot Kajian sistem insurans pekerjaan siap - Riot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437661064_RICHARDRIOT.jpg)
Menurut Richard, SIP dijangka dilaksanakan pada 1 Jan 2018 manakala bayaran faedah akan dibuat bermula 1 Jan 2019. - Gambar fail
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723734201_ECRLlandasankeret.jpg)
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
![Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723735401_SingapuraFilipina.jpg)
Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
MoU itu antara lain membolehkan pertukaran amalan terbaik dan pengetahuan untuk pembangunan pasaran karbon berintegriti tinggi.
![Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723735226_PATIMaritim.jpg)
Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran
Direktorat Jeneral Imigresen membongkar beberapa cara yang sering digunakan pekerja untuk mengelak daripada mengikuti prosedur undang-undang.
![Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723718306_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
![Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722843505_BangladeshProtest.jpg)
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
![Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723721338_TBChowKonYeow.jpg)
Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu
Misi pelaburan dan perdagangan InvestPenang ke AS berjaya mengeratkan hubungan dengan pelabur dari negara tersebut serta menyediakan peluang meneroka teknologi AI dan teknologi terkini.
![WSSF 2025: Malaysia pimpin usaha perkasa perlindungan sosial tempatan, global WSSF 2025: Malaysia pimpin usaha perkasa perlindungan sosial tempatan, global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718786019_ISSAWSSF.jpg)
WSSF 2025: Malaysia pimpin usaha perkasa perlindungan sosial tempatan, global
Malaysia bakal menjadi tumpuan dalam merencana usaha memperkasa perlindungan sosial di peringkat tempatan dan global, sempena penganjuran Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) 2025.
![Strategi baharu akan dirangka pastikan bakat TVET relevan -Steven Sim Strategi baharu akan dirangka pastikan bakat TVET relevan -Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709620199_saifuddinnasution.jpg)
Strategi baharu akan dirangka pastikan bakat TVET relevan -Steven Sim
Strategi baharu dalam mendepani dan mengadaptasi perubahan dunia pekerjaan akan dirangka bagi memastikan bakat TVET dihasilkan kekal relevan.
![HRD Corp kutip levi RM2.2 bilion, tertinggi sejak penubuhan - Steven Sim HRD Corp kutip levi RM2.2 bilion, tertinggi sejak penubuhan - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708556843_TBrumahterbuka.jpg)
HRD Corp kutip levi RM2.2 bilion, tertinggi sejak penubuhan - Steven Sim
Jumlah kutipan levi itu merupakan rekod terbaik sejak penubuhan HRD Corp pada 1993.
![Sim tekad angkat martabat pekerja di Malaysia Sim tekad angkat martabat pekerja di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702455313_TBSTEVENSIMjpg.jpg)
Sim tekad angkat martabat pekerja di Malaysia
Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong bertekad untuk mengangkat martabat pekerja di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
![JKTSM akan jumpa pengurusan MYAirline berhubung kebajikan pekerja JKTSM akan jumpa pengurusan MYAirline berhubung kebajikan pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697449155_VSivakumar.jpg)
JKTSM akan jumpa pengurusan MYAirline berhubung kebajikan pekerja
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia akan berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat MyAirline susulan tindakan syarikat itu menggantung operasinya.
![Perkenal semula GST selepas mansuh beri kesan inflasi - Khairy Perkenal semula GST selepas mansuh beri kesan inflasi - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694604359_KeluarSekejapSe.jpg)
"Perkenal semula GST selepas mansuh beri kesan inflasi" - Khairy
Kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bahawa kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan sebelum ini sebagai satu tindakan berani.
![Kes pegawai kanan Menteri Sumber Manusia di peringkat akhir - SPRM Kes pegawai kanan Menteri Sumber Manusia di peringkat akhir - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687848544_SPRMMDBrasuah.jpg)
Kes pegawai kanan Menteri Sumber Manusia di peringkat akhir - SPRM
Kertas siasatan kes rasuah pengambilan pekerja asing yang melibatkan pegawai kanan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
![Siasatan rasuah: Menteri Sumber Manusia sahkan lima pegawainya dipecat Siasatan rasuah: Menteri Sumber Manusia sahkan lima pegawainya dipecat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683618623_VSivakumar.jpg)
Siasatan rasuah: Menteri Sumber Manusia sahkan lima pegawainya dipecat
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar hari ini mengesahkan lima pegawainya telah ditamatkan perkhidmatan.
![Kaedah baharu pelaksanaan gaji minimum akan dirangka - Sivakumar Kaedah baharu pelaksanaan gaji minimum akan dirangka - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681794144_TBSivakumar.jpg)
Kaedah baharu pelaksanaan gaji minimum akan dirangka - Sivakumar
Beliau yang menyifatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 agak rendah berkata majikan perlu memastikan gaji yang diterima pekerja setimpal dengan kemahiran dan pengetahuan mereka.
![Ahli Parlimen PKR saran Menteri Sumber Manusia bercuti Ahli Parlimen PKR saran Menteri Sumber Manusia bercuti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682225611_mashup.jpg)
Ahli Parlimen PKR saran Menteri Sumber Manusia bercuti
V Sivakumar disaran oleh Hassan Abdul Karim bercuti seketika sehingga SPRM selesai jalan siasatan.