PUTRAJAYA: Strategi baharu dalam mendepani dan mengadaptasi perubahan dunia pekerjaan akan dirangka bagi memastikan bakat yang dihasilkan melalui Pendidikan dan Latihan Tenikal dan Vokasional (TVET) kekal relevan, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata strategi itu akan dirangka berdasarkan dapatan seminar 'Tripartite' 2024 yang diadakan di seluruh negara sepanjang tahun ini, membabitkan siri seminar dengan penglibatan barisan pemegang taruh pihak permintaan (demand), pemegang taruh pihak penawaran (supply) dan agensi kerajaan selaku pemudah cara.
"Strategi-strategi baharu dalam mendepani dan mengadaptasi perubahan dunia pekerjaan bagi pemegang-pemegang taruh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan dirangka berdasarkan dapatan seminar Tripartite 2024.
"Seminar Tripartite adalah satu daripada inisiatif untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi memastikan bakat masa depan berkemahiran yang dihasilkan melalui institusi TVET adalah relevan dengan pekerjaan semasa, masa hadapan dan berpendapatan tinggi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena pelancaran seminar Tripartite 2024 di sini hari ini.
Sim berkata platform seminar Tripartite mempertemukan wakil industri dan institusi TVET untuk berkongsi pandangan serta aspirasi, demi masa depan TVET yang lebih komprehensif dan memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak.
"Konsep Tripatisme yang diguna pakai adalah selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam penjajaran inisiatif baru kementerian bagi tahun 2024 untuk menghasilkan dasar yang lebih kolektif, inklusif dan partisipatif seterusnya memberi manfaat baik kepada semua pemengang taruh," katanya.
Beliau berkata lima bidang utama telah dikenal pasti mempunyai potensi pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan yang tinggi (HGHV) dipilih sebagai tema utama dan akan dipadankan dengan kriteria tertentu pemegang taruh JPK bagi pelaksanaan seminar pada kali ini.
Lima bidang itu adalah industri asas tani dan hospitaliti, industri nadir bumi, industri berasaskan peralihan tenaga, industri elektrik dan elektronik bernilai tinggi, dan industri berasaskan teknologi dan digital.
"Saya berharap agar program sebegini diadakan secara berterusan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama industri ke arah pelaksanaan program TVET berkonsepkan berpandukan industri berimpak tinggi," katanya.
Sim menggesa pihak industri supaya menjadi rakan kongsi strategik kementerian dengan turut mempromosikan TVET serta menonjolkan peluang kerjaya dalam sektor industri masing-masing.
Pihak industri juga boleh mengiktiraf Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai satu daripada keperluan kemasukan kerjaya dan menggalakkan sinergi perkongsian kepakaran dan peralatan lestari melalui kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
"Jalinan kerjasama ini amat penting dalam membantu negara melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh industri seterusnya menyumbang ke arah pembentukan MADANI yang makmur, inklusif dan mampan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024

Sim menggesa pihak industri supaya menjadi rakan kongsi strategik kementerian dengan turut mempromosikan TVET serta menonjolkan peluang kerjaya dalam sektor industri masing-masing. - Gambar fail/Astro AWANI
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Strategi baharu akan dirangka pastikan bakat TVET relevan -Steven Sim
Strategi baharu dalam mendepani dan mengadaptasi perubahan dunia pekerjaan akan dirangka bagi memastikan bakat TVET dihasilkan kekal relevan.