Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kajian Bank Dunia yang mengiktiraf bantuan kewangan untuk kebajikan keluarga adalah antara punca Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pusingan U dalam kenyataan bekas perdana menteri itu berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan sekarang.
Perdana menteri berkata Dr Mahathir sedia maklum kajian oleh penyelidik Bank Dunia dan Stanford membuktikan bahawa bantuan kewangan secara terus biasanya dibelanjakan secara berhemah seperti kebajikan keluarga, bukan menyebabkan mereka malas seperti dakwaannya.
"Bantuan kewangan seperti BR1M diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah supaya dapat meringankan beban sara hidup mereka," kata Najib dalam catatan terbaru beliau dalam blog www.najibrazak.com hari ini.
Faktor itu, kata Najib antara empat sebab mengapa Dr Mahathir yang sebelum ini sering menyifatkan BR1M sebagai "dedak", membuat pusingan-U dengan menyatakan pembangkang akan meneruskan pemberian BR1M sekiranya dapat memerintah negara.
Faktor kedua, katanya adalah berikutan bantuan kewangan seumpama itu banyak dijalankan di negara-negara seluruh dunia dan diperakui pakar-pakar ekonomi sebagai langkah pemangkin ekonomi.
"Ketiga, bantuan kewangan juga dilaksana oleh rakan-rakan pembangkang pemimpin lama ini (Dr Mahathir) seperti Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali yang memberi wang masuk sekolah anak-anak Selangor dan (Ketua Menteri) Lim Guan Eng yang memberikan bantuan kewangan rakyat miskin di Pulau Pinang
"Keempat, BR1M diberikan kepada golongan berpendapatan rendah tidak kira ideologi politik. Kita tidak suruh mereka undi Barisan Nasional, lainlah kupon Azmin Ali yang terdapat muka beliau pada kupon wang tersebut. Malah kerajaan negeri Selangorlah banyak memberi insentif wang," katanya.
Berikutan empat faktor itu, Najib menjelaskan pemimpin lama itu tiada pilihan lain melainkan membuat pusingan-U dalam pendiriannya.
"Kita semua tahu pusingan-U yang dibuat oleh Dr Mahathir ini bukanlah kali pertama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2017
PM NAJIB: Kajian Bank Dunia mengiktiraf bantuan kewangan untuk kebajikan keluarga punca Dr Mahathir membuat pusingan U dalam isu BR1M. - Gambar BERNAMA
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.
Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.
Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir
Sokongan diperoleh selepas beliau banyak turun padang bertemu rakyat selain menepati janji yang dibuat.
Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bayaran berjumlah RM300 itu melibatkan hampir 3.8 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan lebih RM1 bilion.
Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir
Jelasnya, strategi dan polisi yang salah menyebabkan usaha negara untuk menjadi negara maju melalui visi berkenaan belum tercapai.
Hopes for Pakatan Harapan
The main needs of voters at the grass roots is ringgit and cents. Their worry is how to make ends meet with the economic slowdown and escalating costs.
Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka
Pemohon yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual pada Mei dan Ogos depan.
Hentikan budaya politik sempit - Fahmi
Sentimen perkauman satu perkembangan politik yang tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.
Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M
Kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan.
PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH
Beliau yakin pengundi di kawasan itu hanya mahukan DUN itu terus ditadbir oleh kerajaan PH.