Malaysia sedang mempertimbang untuk menambah peruntukan berhubung pampasan kepada mangsa di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata, pada masa ini, mahkamah tidak diberi kuasa yang luas untuk menangani nasib mangsa-mangsa jenayah.
"Ini adalah sesuatu yang kita perlu mengambil kira. Di India dan United Kingdom, ganti rugi kepada mangsa adalah satu strategi untuk membantu mangsa dan keluarga. Penalisasi melalui hukuman dengan memberi ganti rugi kepada mangsa ialah satu daripada strategi pencegahan.
"Kaunseling dan pemulihan perubatanan melibatkan kos yang tinggi. Bukan sahaja kanak-kanak yang terlibat tetapi anggota keluaega juga terjejas daripada segi emosi," kata beliau selepas menghadiri upacara penutupan "Forum: Hard Talk: A-Z Children in Contact With the Law" di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (IKLAP) di Bangi, dekat sini pada Sabtu.
Azalina berkata ganti rugi kepada mangsa ialah satu daripada empat peruntukan tambahan yang dicadangkan bagi memperkasa dan memperkukuhkan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.
"Saya akan mencadangkan kepada kabinet minggu depan agar satu kajian dibuat bagi memasukkan peruntukkan-peruntukkan ini," she said.
Selain pampasan kepada mangsa, Azalina berkata mahkamah khas untuk menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pelantikan peguambela atau peguam pemerhati bagi mangsa dalam kes-kes melibatkan kanak-kanak dan menyediakan khidmat bantuan kepada mangsa juga akan dimasukkan.
Beliau berkata mahkamah khas dijangka bermula pada Jun untuk memastikan prosiding dan perbicaraan bagi jenayah seksual terhadap kanak-kanak berjalan lancar dan juga melindungi kanak-kanak secara holistik serta mempercepatkan prosiding perbicaraan.
"Penubuhan mahkamah khas ini masih tidak termaktub dalam undang-undang. Saya tidak mahu penubuhannya hanya dalam bentuk pentadbiran semata-mata," kata beliau.
Lebih 250 peserta termasuk pengamal undang-undang, hakim, pendakwa dan NGO menghadiri forum selama tiga itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2017
Azalina berkata ganti rugi kepada mangsa ialah satu daripada empat peruntukan tambahan yang dicadangkan bagi memperkasa dan memperkukuhkan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Malaysia raikan pelantikan bersejarah kepimpinan dalam pencegahan rasuah
Azam Baki berkata pelantikan berprestij itu dilihat sebagai bukti komitmen Malaysia semakin meningkat dalam memerangi rasuah.
Parlimen: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa - Azalina
Azalina berharap satu laporan interim berkaitan status pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dimasukkan dalam kajian empirikal berkaitan perkara itu pada tahun depan.
Menteri Kabinet sambut baik pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan
Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan disifatkan satu detik bersejarah buat negara.
Tiga kertas kerja berkaitan GISB dibentangkan di Parlimen minggu depan - Azalina
Tiga kertas kertas kerja berkaitan GISB akan dibentangkan pada hari kedua Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini.
Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.