KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 telah memberi gambaran sebenar betapa pentingnya sistem pendidikan negara dirombak semula.
Ia selepas sembilan tahun Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (MEB) dilancarkan, tahap pencapaian pendidikan negara masih berada pada tahap yang sama, seperti dilaporkan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA).
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra menegaskan, sudah tiba masanya menjadikan kurikulum pendidikan negara lebih kompak mengikut penanda aras ditetapkan PISA.
Berikut antara cadangan beliau:-
1. Laporan-laporan dan langkah-langkah penambahbaikan yang telah disediakan di dalam Pelan Pendidikan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah amat menyeluruh dan terperinci. Memang ia satu pelan yang baik.
2. Masalah yang sedia ada yang dialami sistem pendidikan memang rumit dan bukan senang untuk diselesaikan. Malah, ia menjadi beban yang menghalang kemajuan. Namun masalah-masalah ini perlu ditangani. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
3. Kaedah lama, tidak efektif harus dibuang kerana ia tidak boleh lagi digunapakai. Janganlah mengekalkannya atau membiarnya kerana ia satu kebiasaan atau menepati format atau KPI yang langsung tidak membawa faedah kepada pelajar atau guru mengajar.
4. Kakitangan Kementerian Pendidikan perlu berkomunikasi dengan matlamat untuk mencari penyelesaian yang akan menguntungkan pembelajaran anak-anak, cara pengajaran dan mementingkan pencapaian kecekapan di dalam sukatan pelajaran perlu dikuasai. Atau persoalannya juga ialah - adakah sukatan pelajaran sekarang masih relevan untuk menyediakan pelajar untuk Industri revolusi 4.0? Adakah ia dapat mencapai penanda aras PISA yang disasarkan?
5. Guru-guru perlu didorong, diberi motivasi dan latihan yang efektif. Guru-guru tidak wajar menerima sekadar perintah sahaja. Maklum balas serta masalah yang dihadapi mereka juga perlu penyelesaian. Seperti masalah infrastruktur tiada makmal sains atau rangkaian internet yang baik untuk menjalankan PDPR buat masa pandemik ini, contohnya.
6. Harus tegas dalam menangani kes berat dan rumit seperti ketidak-hadiran guru, kakitangan yang mempunyai kes polis, penyelewengan dapat perbelanjaan. Ketirisan dan rasuah di dalam perbelanjaan amat merugikan para pelajar. Ia adalah satu penindasan yang tidak boleh di tolak-ansur. Mereka harus dihukum dan pencen mereka perlu dibatalkan.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Apr 14 2021

Kaedah lama, tidak efektif harus dibuang, janganlah mengekalkannya hanya kerana ia satu kebiasaan atau menepati format atau KPI. - Gambar hiasan / Astro AWANI
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sekolah baharu, kelas kabin antara inisiatif atasi isu sekolah padat - KPM
Kementerian Pendidikan mengenal pasti beberapa inisiatif bagi mengatasi isu kepadatan pelajar di sekolah, susulan peningkatan jumlah murid terutamanya di Selangor.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.

48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.

KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI