Kerajaan harus mengkaji semula keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menetapkan kadar tambang baharu bas ekspres dan teksi berkuat kuasa 15 Mei ini kerana ia adalah keputusan yang membebankan rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu dan pengumuman berkenaan tidak tepat pada masanya.
Menurutnya, pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini masih di peringkat penjelasan dan rakyat masih lagi belum memahami sepenuhnya.
“Banyak yang saya rasakan menjadi persoalan. Pertama, kalau dikatakan tentang kos harga minyak mentah sedang turun, macam mana orang hendak percaya harga (kos operasi) itu meningkat.
“Kalau (kenaikan tambang) itu disandarkan pada (sebab untuk) meningkatkan perkhidmatan, kita tak tahu (aspek) apa yang hendak ditingkatkan,” ujar beliau.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Jalinan Rakyat Wanita UMNO Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota, Parit Raja, Muar.
Beliau juga berpendapat, pengumuman kenaikan tambang tersebut tidak seiring dengan kempen penurunan harga barangan yang kebelakangan ini sibuk diperkatakan.
“Akhirnya nanti orang ramai akan mengatakan ini semua helah kerajaan, atau semua disebabkan oleh pelaksanaan GST. Jadi perkara ini perlu diperhalusi,” ujar beliau.
Razali mengulas mengenai pengumuman SPAD semalam berhubung penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.
Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, keputusan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan dan dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak terlibat.
Razali meminta keputusan itu perlu diperhalusi semula di peringkat Kabinet menerusi perbincangan dengan mengambil kira pandangan semua pihak supaya kerajaan tidak dipersalahkan.
Astro Awani
Fri Mar 20 2015
RAZALI: Kenaikan tambang tidak seiring dengan kempen penurunan harga.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
PRU15: Bertembung dengan Razali di Pagoh, saya tidak mahu perkecilkan sesiapa - Muhyiddin
Muhyiddin mengakui terbuka dan bersedia berdepan dengan mana-mana individu yang menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pagoh pada PRU15.
Mahkamah tolak permohonan SPSB kembalikan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Muar
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan SPSB untuk kebenaran merayu berhubung saman fitnah RM100 juta oleh syarikat itu terhadap Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung kenyataannya membabitkan KLVC.
Kejayaan UPSR bukan diukur dengan masuk asrama - Razali
Kejayaan pendidikan sepanjang hayat tidak perlu diukur dengan peluang pelajar masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Belum masanya UMNO namakan calon Perdana Menteri - Razali Ibrahim
Masih terlalu awal untuk UMNO beri nama calon Perdana Menteri memandangkan pemilihan parti masih belum dibuat dan tarikh PRU yang belum diketahui, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.
Barisan Nasional perlu kembali diperkuatkan - Razali Ibrahim
Keputusan sudah dibuat dalam PAU2020, maka kini usaha perlu disusun dan digerakkan untuk kembali memperkuatkan Barisan Nasional menuju PRU-15, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.
Pemandu lori ceroboh masuk Istana Iskandariah, bawa pistol mainan, sebilah pisau
Selepas tidak dibenarkan masuk, lelaki itu telah masuk ke dalam kenderaannya dan tiba-tiba merempuh pagar utama hadapan istana.
Lelaki maut, pembonceng cedera motosikal dirempuh lori
Katanya, ketika mangsa sedang menuju ke lorong kiri, dipercayai motosikal yang dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori secara tiba-tiba.
Maut dilanggar selepas terjatuh motosikal
Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, mangsa Hamizan Abdul Shukor, 58 tahun, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Bayi maut terjatuh dari jeriji tingkap
Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin disahkan meninggal dunia pada jam 9.40 pagi ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Kuala Kangsar.
Kes ustazah hilang: Hanya berbekal roti, air dan al-Quran
Seorang ustazah yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu, dikatakan hanya makan roti dan minum air mineral sebelum muncul di IPD Kuala Kangsar petang semalam.