Seorang bayi lelaki maut selepas terjatuh dari jeriji tingkap di rumah pengasuhnya di Taman Kuala Kangsar di sini, pada Jumaat.
Mangsa, Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin, 18 bulan, disahkan meninggal dunia pada jam 9.40 pagi ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Kuala Kangsar.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata siasatan awal mendapati mangsa dijaga pengasuhnya yang berusia 24 tahun sejak 1 April lalu.
"Semalam, ibunya berusia 25 tahun telah menghantar bayinya pada jam 7 pagi dalam keadaan baik sebelum dimaklumkan kejadian itu oleh ibu pengasuh yang datang ke tempat kerjanya, dua jam kemudian.
"Suspek beritahu mangsa terjatuh selepas panjat jeriji tingkap dalam bilik dan bertindak membawa mangsa ke hospital selepas dia tidak sedarkan diri," katanya memetik laporan Sinar Harian.
Menurutnya, ketika kejadian, hanya suspek dan anaknya berusia 12 bulan berada di dalam rumah terbabit.
"Doktor telah memberi rawatan bantuan pernafasan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan memasukkan oksigen selama sejam bermula jam 8.40 pagi tetapi tiada tindak balas.
"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan yang menjurus berlakunya jenayah. Selain itu, dalam tempoh di bawah jagaan suspek, tiada kesan kecederaan fizikal pada tubuh mangsa," katanya.
Razali berkata, hasil bedah siasat juga mendapati tiada unsur jenayah dalam kes kematian mangsa.
"Punca kematian merupakan dari masalah pada organ dalaman iaitu pankreas.
"Jantung mangsa juga tidak kelihatan normal kerana sedikit besar, tidak seperti kanak-kanak seusia dengannya," katanya.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu berlaku kecuaian kepada kanak-kanak.
Astro Awani
Sat Apr 20 2019
![Bayi maut terjatuh dari jeriji tingkap Bayi maut terjatuh dari jeriji tingkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71542042028_DeraBayi.jpg)
Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin disahkan meninggal dunia pada jam 9.40 pagi ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Kuala Kangsar. -Gambar hiasan
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
Banjir: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
[TERKINI] Setia City Mall beroperasi semula
Dalam kenyataan pada Ahad, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan mereka telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
![CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739073324_tbCIMBSATUPEMIMPI.jpg)
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
[TERKINI] Insiden tembak Setia Alam: Polis sudah kenal pasti penembak
Polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi yang melibatkan warga tempatan.
![Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
![Wanita diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam kerana tinggal anak tanpa jagaan Wanita diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam kerana tinggal anak tanpa jagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Wanita diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam kerana tinggal anak tanpa jagaan
Seorang ibu hari ini diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, kerana mengabaikan tiga anaknya.
![Tindakan tegas terhadap individu zalimi kanak-kanak - MB Johor Tindakan tegas terhadap individu zalimi kanak-kanak - MB Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692023501_OnnHafizGhazi.jpg)
Tindakan tegas terhadap individu zalimi kanak-kanak - MB Johor
Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana individu yang menzalimi kanak-kanak, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
![Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686121508_Pasangan.jpg)
Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.
![Wujudkan jabatan khas tangani isu kanak-kanak didera, buli - Permaisuri Johor Wujudkan jabatan khas tangani isu kanak-kanak didera, buli - Permaisuri Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615542780_RajaZarithSofiah.jpg)
Wujudkan jabatan khas tangani isu kanak-kanak didera, buli - Permaisuri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah agar kerajaan melihat kepada kemungkinan mewujudkan sebuah jabatan khas untuk menangani isu kanak-kanak termasuk penderaan dan buli.
![Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671093887_Ibubayimaut.jpg)
Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya
Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak kepada bahaya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal.
![Wanita didakwa abai bayi hingga meninggal dunia Wanita didakwa abai bayi hingga meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660719966_CourtGavel.jpg)
Wanita didakwa abai bayi hingga meninggal dunia
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan hingga menyebabkan kematian, awal bulan ini.
![Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655867669_KELANTANBUDAKTELA.jpg)
Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anaknya sudah mulai senyum dan menyapa apabila dipanggil namanya.
![Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618918385_RasAdibaRadzi.jpg)
Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba
Ras Adiba sarankan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman lebih berat dan setimpal.
![Wanita ditahan bantu siasatan bayi diasuh mati lemas Wanita ditahan bantu siasatan bayi diasuh mati lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71622012603_olismenahanseorang.jpg)
Wanita ditahan bantu siasatan bayi diasuh mati lemas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung seorang bayi perempuan berusia 18 bulan yang dijaganya meninggal dunia dipercayai kerana lemas.