Kementerian Kesihatan perlu mengkaji semula dasar sedia ada serta melihat pelbagai isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di semua hospital yang boleh menjejaskan serta mempunyai risiko terhadap petugas mereka.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata pihak kementerian harus mengenal pasti kelemahan dan mencari penyelesaian isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk semua kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan di hospital awam dan swasta.
"Sebahagian daripada anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan tidak benar-benar memahami peranan mereka manakala segelintir kakitangan tidak tahu dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan organisasi mereka.
"Terdapat kes di mana kakitangan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk keperluan memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai, sementara kecederaan akibat tercucuk jarum masih dilaporkan dalam kakitangan perubatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Lee berkata, statistik Biro Buruh Amerika Syarikat menyatakan bahawa bekerja di hospital adalah amat berbahaya dengan kemungkinan berlaku kecederaan atau penyakit berbanding sektor pembinaan dan pembuatan.
Dalam pada itu, Lee berkata hospital juga perlu meningkatkan kesedaran mengenai kemalangan perjalanan bagi kakitangannya kerana dalam tempoh 2014 hingga 2016, sebanyak 554 kes direkodkan melibatkan pelbagai kategori kakitangan kesihatan yang berkhidmat di hospital di bawah Kementerian Kesihatan.
Jururawat mencatat bilangan kemalangan paling tinggi iaitu 295 kes, diikuti pembantu penjagaan kesihatan (91), pekerjaan lain (52), pembantu pegawai perubatan (35), pemandu (31) dan pembantu penyediaan makanan (15).
Justeru beliau menggesa agar semua pihak bekerjasama untuk mengurangkan kecederaan, penyakit dan kematian yang disebabkan oleh kemalangan tempat kerja dan kemalangan perjalanan yang memberi kesan terhadap produktiviti dan semangat bekerja dalam organisasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019
Dari segi kemalangan perjalanan, jururawat mencatat bilangan kemalangan paling tinggi iaitu 295 kes. - Gambar hiasan
AWANI Tonight 23 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Teens, Tech & Trust (Part 1) — Building Digital Resilience
In Malaysia, 75% of teenagers use social media daily—but with this constant connection comes a growing number of risks. A new report by the think tank SERI titled ‘Teens, Tech, and Trust’ reveals that fewer than half of Malaysian teens feel safe online— with cyberbullying, scams, and hacking being everyday realities. Meanwhile, questions are being raised about whether schools, parents, and even social media platforms are doing enough to protect our young digital citizens. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Vyshnavi Charrlotte, Researcher at the Social & Economic Research Initiative (SERI).
AWANI Tonight: Addressing Malaysia’s literacy, numeracy gaps
As of October, nearly 74,000 Year 1 pupils have yet to master basic literacy and numeracy skills. Chan Soon Seng from Teach For Malaysia highlights the contributing factors and emphasises the need for more tailored approaches to support students.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas.
KPDN Perak rekod 13 kes tidak patuhi SHMMP sepanjang tahun ini
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan 13 kes pelanggaran di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tahun ini.
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
YKN gerak inisiatif Bilik Kasih Wanita - Nancy
Yayasan Kebajikan Negara bakal menubuhkan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak sebagai ruang rehat khas untuk jururawat wanita hospital itu.
KKM tingkat bilangan jururawat pelatih penuhi keperluan industri
Ia melibatkan permohonan daripada anak-anak Sabah, selain menambah kuota jururawat lelaki dan menggalakkan penyertaan pelbagai kaum.
Jururawat mengaku tidak bersalah sebabkan kematian bayi berusia sebulan
Nur Ain Natasha Mohd Sabri, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Jururawat direman seminggu bantu siasatan kematian bayi
Perintah reman hingga Selasa depan terhadap wanita berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Hukuman mati bekas pekerja kilang papan bunuh, rogol jururawat diganti penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas pekerja kilang papan dengan penjara 40 tahun kerana membunuh dan merogol seorang jururawat sembilan tahun lepas.
Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Wujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas depani negara menua - Senator
Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas sebagai persediaan mendepani cabaran Negara Menua 2030.
KKM nafi jururawat akan disuntik vaksin Virus X
KKM memaklumkan, maklumat berkenaan tidak tepat dan disifatkan tidak bertanggungjawab.
Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital
Seorang jururawat Lucy Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi dalam unit neonatal ketika bekerja di Hospital Countess of Chester di barat laut England.