JOHOR BAHRU: Suatu ketika dahulu, songket menjadi sepersalinan pakaian bagi kerabat raja dan orang-orang kenamaan, terutamanya ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.
Setiap songket mempunyai identiti tersendiri, tenunan songket ini sudah lama terkenal terutama di pantai timur dengan keunikan tersendiri dan ada yang sudah memasuki pasaran eksport.
Di Johor, tidak kurang hebatnya dengan keunikan tenunan songket dan samping tersendiri yang melambangkan negeri berkenaan dengan keunikan kain benang Johor corak Muar berbunga renek.
Menurut Penolong Pegawai Tadbir Yayasan Warisan Johor Roslinda Mohd Rosli, pada asalnya tenunan corak Muar merupakan identiti Johor sebelum ia melalui proses kajian penjenamaan semula bersama Prof Dr Zainon Ismail dan Prof Dr Norwani Nawawi bermula 2013.
"Kain asal tenun corak Muar hanya kain kotak kosong atau beragi (dalam istilah tekstil). Jadi, kita buat inovasi baharu pada 2013, hasrat kerajaan Johor adalah untuk mempopularkan kain benang Johor corak Muar sebagai salah satu identiti negeri," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Katanya, Yayasan Warisan Johor telah mencipta 10 rekaan iaitu empat rekaan untuk rakyat biasa dan enam rekaan untuk kerabat diraja.
Empat rekaan untuk rakyat biasa adalah kain benang Johor corak Muar berbunga renek A dan B. Corak A itu motifnya berada di kepala kain, manakala B motifnya berada di badan kain dan kain benang Johor Mayang Selida serta kain benang Johor Tanjung Piai.
"Bagi kerabat diraja pula, kita mempunyai songket Johor Jauhar, songket Johor Tanjung Puteri, songket Johor Medini. Songket Johor Tengku Mahkota ada dua rekaan dan songket Maharani, itu adalah untuk kerabat diraja Johor dan motif-motif pada kain itu memang melambangkan kerabat diraja seperti mahkota raja, tiara permaisuri ada huruf jawi 'ta mim jim'," katanya.
Bercerita lanjut mengenai proses pembuatan tenun ini, Roslinda berkata ia agak rumit dan akan melalui lapan proses dengan cara mencelup benang, menerai benang, menggulung, menyampak, mengarat, menganing dan menenun bagi mendapatkan kain tenun yang terbaik.
"Proses menenun ini memakan masa dua minggu untuk menghasilkan sehelai kain yang berukuran 2.25 meter, dan kebanyakan kain yang dihasilkan di sini adalah untuk samping yang dipadankan dengan Baju Melayu Teluk Belanga, dan kain sarung yang dipadankan dengan Baju Kurung Teluk Belanga untuk wanita," katanya.
Memberi panduan penjagaan kain benang Johor corak Muar, Roslinda berkata cara kain songket untuk tahan lebih lama ialah perlu memberi perhatian pada teknik gulungan yang betul dan tidak dilipat serta dicuci kering sahaja.
Selain itu, beliau berkata Galeri Tenun Johor kini sedang melakukan kajian mengenai gabungan benang serat nanas dengan kain benang Johor corak Muar untuk mendapatkan songket berlainan dan unik.
"Benang serat nanas digunakan sebagai elemen untuk motif atau bunga pada kain. Kita tidak gunakan serat nanas sebagai permukaan kain kerana ia bersifat keras dan rapuh, senang putus," katanya menambah bekalan benang serat nanas itu diperoleh dari seorang pengusaha di Pontian.
Katanya, bagi mereka yang menginginkan kain benang serat nanas pihaknya boleh mendapatkannya namun harga benang berkenaan lebih mahal berbanding benang hias iaitu sekitar RM700 bagi sekilogram manakala benang hias tidak melebihi RM100.
Roslinda berkata seni tenun secara manual semestinya nampak lebih eksklusif dan elegan dipakai lelaki mahupun wanita, maka harga bagi tenun secara manual ini bermula dari RM2,000 berbanding harga tenun yang dihasilkan secara pukal menggunakan mesin iaitu sekitar RM200 hingga RM350.
"Maka harga tenun benang serat nanas akan lebih mahal berbanding tenun biasa. Andai kata ada tempahan eksklusif hendak serat nanas, kita akan buat dan ia pada motif bukan pada permukaan kain," katanya.
Sementara itu, penenun Galeri Tenun Johor Norhulnadia Ahmad, 34, berkata seni tenunan memerlukan minat yang mendalam dan kesabaran yang tinggi bagi menghasilkan songket bermutu.
Berkelulusan Institut Kraftangan Negara, Norhulnadia berkata beliau merupakan antara penenun yang menghasilkan tenunan bagi pakaian kerabat diraja.
Berkongsi minat yang sama adalah adik beliau, Mohamad Sharil Ahmad, 20, yang mengakui bahawa minatnya timbul sejak di bangku sekolah selepas melihat kakaknya itu menghasilkan kain tenunan yang menarik.
"Sejak umur 15 tahun lagi, saya tengok kakak menenun dan selepas SPM saya mula belajar...saya minat tenun ini kerana prosesnya yang ulang-alik," katanya yang merupakan penenun lelaki tunggal di galeri kerkenaan.
Galeri Tenun Johor mempunyai enam penenun dengan setiap penenun boleh menghasilkan dua helai kain dalam tempoh sebulan berbanding kaedah mesin yang mampu menghasilkan 200 helai kain dalam tempoh enam bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
Roslinda menunjukkan benang daripada serat nanas yang digunakan sebagai elemen untuk motif atau bunga pada kain ketika ditemui Bernama di Galeri Tenun Johor baru-baru ini. --fotoBERNAMA
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
Salji tebal sebabkan gangguan di Jerman dan Perancis, Menara Eiffel ditutup
Polis Jerman berkata sekurang-kurangnya 30 orang cedera, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan, dengan kerosakan melebihi EUR1 juta.
Bubur lambuk perisa tomyam, sup tulang gearbox tarikan di Yayasan Warisan Johor
Yayasan Warisan Johor (YWJ) meneruskan tradisi sejak sedekad lepas dengan menyediakan bubur lambuk kepada orang ramai termasuk perisa tomyam dan sup tulang gearbox yang jarang dilihat disediakan di te