Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melantik ketua jurulatih baharu pasukan The Red Warriors (TRW) menggantikan Sathit Bensoh, dalam masa terdekat bagi membimbing pasukan itu menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata kini pihaknya meletakkan kepercayaan kepada Pemangku Ketua Jurulatih Yusri Che Lah untuk mengendalikan pasukan tersebut.
"Sekarang ini kita sedang meneliti beberapa jurulatih import dan akan mengumumkannya secepat mungkin siapakah yang bakal menyertai pasukan ini," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
KAFA mengambil keputusan drastic mengugurkan Sathit Bensoh selepas persembahan pasukan itu tidak memuaskan sehingga gagal memperolehi kemenangan pada tiga perlawanan sebelum ini.
Bibi Ramjani berkata setakat ini dua calon sudah tiba di Kota Bharu iaitu Fajer Ibrahim dari Syria dan Darren Stewart dari Australia, manakala seorang lagi calon dari Serbia, Dejan Antonic akan tiba dalam masa terdekat.
Bibi Ramjani berkata pemilihan ketua jurulatih baharu itu juga mengambil pandangan daripada Yusri supaya keserasian dan persefahaman dalam pasukan dapat ditingkatkan.
Beliau berkata KAFA mahukan seorang jurulatih yang lebih berpengalaman untuk membimbing pasukannya, selain pengalaman jurulatih antarabangsa dapat dikongsi dengan jurulatih tempatan.
"Yusri memberitahu kami beliau memerlukan seseorang yang dapat membantunya menambah pengalaman melatih pasukan," katanya.
Sementara itu, Yusri ketika diminta mengulas kejayaan Kelantan menewaskan Perak 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi, berkata kemenangan itu hasil kesungguhan dan sikap pemain sendiri yang mahukan tiga mata penuh di gelanggang sendiri.
Beliau mahu pemain terus mengekalkan mutu permainan itu selain memperbaiki kelemahan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.
Gol Kelantan diperoleh hasil jaringan haktrik pemain import dari Korea Do Dong Hyun pada minit ke-67, 76 dan 87 manakala jaringan pasukan Perak daripada Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-21 dan Wander Luiz minit ke-68.
Kemenangan sulung itu melonjakkan Kelantan pada kedudukan kelapan Liga Super selepas berada pada kedudukan tercorot apabila sekadar memperolehi satu mata daripada tiga perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2018
KAFA mengambil keputusan mengugurkan Sathit Bensoh (gambar) selepas persembahan pasukan TRW tidak memuaskan sehingga gagal memperolehi kemenangan pada tiga perlawanan sebelum ini. - Gambar fail
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
KAFA jangka selesai hutang RM6.2 juta pertengahan 2020
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan hutang lapuk persatuan berkenaan berjumlah RM6.2 juta dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun depan.
Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA
Dengan itu, EGM hari ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.
Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA
Setakat ini, belum ada mana-mana individu atau Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) menghubunginya bagi menyatakan hasrat untuk mencalonkan beliau susulan peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan.
KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.
Bibi Ramjani letak jawatan Presiden KAFA
Pengumuman dibuat menerusi Facebook rasminya, sekali gus membuka peluang untuk ahli gabungan persatuan itu memilih presiden baharu.
Bibi Ramjani sedia letak jawatan secara sukarela
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan sedia melepaskan jawatan secara sukarela untuk memberi laluan kepada EGM persatuan itu untuk memilih peneraju baharu.
'Tak perlu guling, bawa calon yang layak' - Bibi Ramjani
Saranan Bibi Ramjani Ilias Khan kepada ahli gabungan badan induk itu supaya mengemukakan nama individu yang mampu menggantikannya sebagai presiden baharu.
Isu taja TRW: Saya kata jangan pikul 'biawak hidup' - Vida
Vida mengakui dirinya hampir muflis sewaktu menaja TRW dahulu kerana banyak dilaburkannya.
Bibi Ramjani sedia letak jawatan
Bibi Ramjani berkata sebelum ini beliau telah berjumpa dengan ahli perniagaan itu, bagi membincangkan beberapa perkara berhubung persatuan terbabit.
Bibi Ramjani berdiam diri isu letak jawatan
Bibi Ramjani berkata beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.