Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan sedia melepaskan jawatan yang disandangnya secara sukarela untuk memberi laluan kepada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan tersebut untuk memilih peneraju baharu.
Menurutnya, beliau ketika ini sedang menunggu calon presiden baharu yang akan diangkat oleh beberapa Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) untuk menggantinya.
"Saya tunggu presiden baharu sebab bila dah ada, saya secara sukarela akan letak jawatan kerana ketika ini urusan kewangan di bahu saya seorang.
"Kalau saya tinggal (letak jawatan) KAFA sekarang, persatuan ini akan 'mati' kerana jika EGM mengambil masa lama untuk diadakan, tunggakkan hutang semakin banyak.
"Hal ini berlaku ketika Tan Sri Annuar Musa meletak jawatan kerana EGM mengambil masa lama untuk diadakan," katanya ketika dihubungi, di sini, pada Isnin.
BACA: Ahli gabungan Kafa mahu Bibi Ramjani undur secara terhormat
BACA: 'Tak perlu guling, bawa calon yang layak' - Bibi Ramjani
Sebelum ini, media melaporkan PBJ telah menyenarai pendek nama individu untuk diangkat sebagai presiden baharu antaranya seorang tokoh politik.
Bibi Ramjani berkata bermungkinan PBJ mempunyai calon yang terbaik bagi menggantikan beliau untuk memimpin persatuan itu.
"Ia akan mengambil masa dan saya harus bertenang dalam menangani kata-kata yang tidak sesuai telah diperkatakan terhadap diri saya.
BACA: Bibi Ramjani sedia letak jawatan
BACA: Undi tidak percaya terhadap Bibi Ramjani selepas Aidilfitri
Sementara itu, berhubung tuntutan bekas ketua pasukan itu, Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya, Bibi Ramjani berkata pemain terbabit tidak berhak menuntut gaji bagi bulan Mac dan April kerana pada masa itu beliau bermain dengan pasukan Red Warrior Kelantan.
"Berpandukan kontrak, gaji pemain terbabit akan dibayar oleh syarikat Kelantan Red Warrior (KRW) Sdn. Bhd dengan jaminan MyInsparation Sdn.Bhd.
"Dia (Mohd Badhri) tidak seharusnya meletakan kesalahan kepada KAFA dan sepatutnya memahami segala isi kandungan kontrak sebelum menurunkan tandatangan," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan syarat yang diberikan KAFA kepada pemain terbabit supaya tidak menuntut tunggakan gaji selama dua bulan untuk musim 2019 sekiranya mahu mendapatkan Sijil Perpindahan Negeri (SPN).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2019

Bibi Ramjani berkata bermungkinan PBJ mempunyai calon terbaik bagi menggantikan beliau memimpin persatuan itu. -Facebook / Bibi Ramjani Ilias Khan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

KAFA jangka selesai hutang RM6.2 juta pertengahan 2020
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan hutang lapuk persatuan berkenaan berjumlah RM6.2 juta dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun depan.

Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA
Dengan itu, EGM hari ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA
Setakat ini, belum ada mana-mana individu atau Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) menghubunginya bagi menyatakan hasrat untuk mencalonkan beliau susulan peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan.

KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.

Bibi Ramjani letak jawatan Presiden KAFA
Pengumuman dibuat menerusi Facebook rasminya, sekali gus membuka peluang untuk ahli gabungan persatuan itu memilih presiden baharu.

Bibi Ramjani sedia letak jawatan secara sukarela
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan sedia melepaskan jawatan secara sukarela untuk memberi laluan kepada EGM persatuan itu untuk memilih peneraju baharu.

'Tak perlu guling, bawa calon yang layak' - Bibi Ramjani
Saranan Bibi Ramjani Ilias Khan kepada ahli gabungan badan induk itu supaya mengemukakan nama individu yang mampu menggantikannya sebagai presiden baharu.

Isu taja TRW: Saya kata jangan pikul 'biawak hidup' - Vida
Vida mengakui dirinya hampir muflis sewaktu menaja TRW dahulu kerana banyak dilaburkannya.

Bibi Ramjani sedia letak jawatan
Bibi Ramjani berkata sebelum ini beliau telah berjumpa dengan ahli perniagaan itu, bagi membincangkan beberapa perkara berhubung persatuan terbabit.

Bibi Ramjani berdiam diri isu letak jawatan
Bibi Ramjani berkata beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.