JAKARTA: Malaysia mempunyai kadar vaksinasi dan standard pencegahan jangkitan COVID-19 yang tinggi untuk pastikan koridor perjalanan dengan Indonesia yang telah dirancang berjalan lancar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata tahap vaksinasi rakyat Malaysia juga sangat tinggi dengan 96 peratus rakyat Malaysia dewasa telah menerima vaksin.
Kerajaan juga sedang dalam proses memberikan vaksin kepada golongan muda berumur antara 12 tahun dan 17 tahun yang setakat ini mencapai 65 peratus.
"Kita ada standard pencegahan yang agak tinggi untuk pastikan semua selamat," beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan majlis tandatangan lima memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Indonesia di sini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Menteri Kesihatan Indonesia yang mahu mengetatkan kemasukan rakyat Malaysia ke Indonesia setelah kes Delta Plus dikesan di Malaysia.
Ismail Sabri yang berada dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia berkata rakyat Malaysia yang keluar juga diwajib melengkapkan dua dos vaksin dan jalani swab test dengan keputusannya perlu negatif sebelum mereka dibenarkan berlepas.
Setibanya di Indonesia mereka akan di swab lagi dan hanya akan dibenarkan keluar dari hotel kuarantin jika keputusan negatif.
"Tidak perlu bimbang akan kemasukan rakyat Malaysia ke Indonesia," kata Ismail Sabri, sambil menambah inisiatif koridor perjalanan akan merangsang kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik.
Dalam sidang media bersama Presiden Joko Widodo di Istana Bogor tengah hari tadi, Ismail Sabri berkata Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk laksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement atau Vaccinated Travel Lane, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19.
Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan kerjasama syarikat Malaysia dalam pembangunan ibu kota baru Indonesia di Kalimantan akan memberi impak positif kepada kedua-dua negara.
"Jika diberi peluang untuk melabur di Kalimantan kita akan dapat manfaat. Di Indonesia pula faedahnya adalah pembangunan," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
![Kadar vaksinasi, standard pencegahan tinggi dorong Malaysia perkenal koridor perjalanan - Ismail Sabri Kadar vaksinasi, standard pencegahan tinggi dorong Malaysia perkenal koridor perjalanan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636561189_IsmailSabriJokowi.jpg)
Ismail Sabri yang berada dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia berkata rakyat Malaysia yang keluar juga diwajib melengkapkan dua dos vaksin. - Bernama
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![Koridor perjalanan Malaysia dan Indonesia tunjang pemulihan ekonomi - Penganalisis Koridor perjalanan Malaysia dan Indonesia tunjang pemulihan ekonomi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636614641_IsmailSabri.jpg)
Koridor perjalanan Malaysia dan Indonesia tunjang pemulihan ekonomi - Penganalisis
Pemulihan pasca pandemik serantau yang menunjukkan petanda positif sejak akhir-akhir ini juga dipacu oleh pembukaan ekonomi.
![Diaspora Malaysia gembira dengan pelaksanan koridor perjalanan dengan Indonesia Diaspora Malaysia gembira dengan pelaksanan koridor perjalanan dengan Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636583097_MajlisMakanMalam.jpg)
Diaspora Malaysia gembira dengan pelaksanan koridor perjalanan dengan Indonesia
Warga Malaysia yang ditemui meluahkan rasa syukur kerana telah lama tidak pulang ke tanah air.
![Kadar vaksinasi, standard pencegahan tinggi dorong Malaysia perkenal koridor perjalanan - Ismail Sabri Kadar vaksinasi, standard pencegahan tinggi dorong Malaysia perkenal koridor perjalanan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636561189_IsmailSabriJokowi.jpg)
Kadar vaksinasi, standard pencegahan tinggi dorong Malaysia perkenal koridor perjalanan - Ismail Sabri
Malaysia mempunyai kadar vaksinasi dan standard pencegahan jangkitan COVID-19 yang tinggi untuk pastikan koridor perjalanan dengan Indonesia yang telah dirancang berjalan lancar.
![Malaysia-Indonesia setuju laksana koridor perjalanan Malaysia-Indonesia setuju laksana koridor perjalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636530403_IsmailSabriJokowi.jpg)
Malaysia-Indonesia setuju laksana koridor perjalanan
Inisiatif koridor perjalanan ini akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Jakarta melalui jalan udara.
![COVID-19: Thailand rancang buka pintu kepada 1,000 pelawat perniagaan dan perubatan COVID-19: Thailand rancang buka pintu kepada 1,000 pelawat perniagaan dan perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591007810_CovidThailand.jpg)
COVID-19: Thailand rancang buka pintu kepada 1,000 pelawat perniagaan dan perubatan
Empat kementerian sudah merangka pelan koridor perjalanan dan dijangka mengemukakan pelan itu kepada Pusat Pentadbiran bagi Situasi COVID-19 (CCSA) pada 17 Jun ini.