Kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah tidak melebihi RM10, menurut syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).
Pengarah Urusannya Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata JKSB mencadangkan kadar tol RM7 kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia tetapi keputusan muktamad hanya akan diumumkan pada 1 Mac.
"Kadar tol adalah kurang daripada RM10 tetapi melebihi RM7. Jika kadarnya terlalu tinggi, tidak banyak kenderaan akan menggunakannya," katanya kepada pemberita selepas lawatan suai kenal media di plaza tol Batu Kawan, di sini, Rabu.
Ismail berkata JKSB berharap untuk memperoleh keuntungan dalam tempoh 10 tahun dengan 100,000 kenderaan dijangka menggunakan jambatan itu di tengah-tengah kepesatan pembangunan Batu Kawan terutama kawasan perindustrian.
Jambatan berharga RM4.5 bilion itu, yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar, dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini dan dibuka kepada kenderaan pukul 12.01 tengah malam, Ahad.
Ismail berkata tender bagi pembinaan dua Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang membabitkan kos RM60 juta dan dijangka siap dalam masa tiga tahun.
Bernama
Thu Feb 27 2014
![Kadar Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang tidak lebih RM10 - JKSB Kadar Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang tidak lebih RM10 - JKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/51393459851_295x200.jpg)
Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.5 bilion telah siap dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini. --fotoBERNAMA
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Ahad depan Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Ahad depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718361517_TBDISKAUNTOL.jpg)
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Ahad depan
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara Ahad depan.
![Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditutup mulai Selasa Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditutup mulai Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713668454_tbJambatanKeduaPul.jpg)
Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditutup mulai Selasa
Penutupan bermula 9 pagi hingga 5 petang sepanjang tiga hari dan laluan kontra akan diaktifkan sepanjang penutupan kawasan berkenaan.
![Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Jumaat ini Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702875894_TBPKPBMUKIMj.jpg)
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Jumaat ini
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara Jumaat ini.
![Sebahagian Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 16 September Sebahagian Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 16 September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/41444881617_JambatanKeduaPulau.jpg)
Sebahagian Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 16 September
Penutupan sementara itu melibatkan laluan dari arah Batu Maung ke Batu Kawan.
![Polis bantuan maut dirempuh ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang Polis bantuan maut dirempuh ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686735190_kemalanganmaut.jpg)
Polis bantuan maut dirempuh ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang
Seorang anggota Polis Bantuan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) maut dalam kemalangan di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah awal pagi tadi.
![Mayat lelaki berseluar renang ditemui terapung Mayat lelaki berseluar renang ditemui terapung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656365846_MAYATLELAKIBERSELU.jpg)
Mayat lelaki berseluar renang ditemui terapung
Mayat kemudiannya diserahkan kepada Balai Polis Nibong Tebal dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk tindakan lanjut.
![Lelaki tinggal kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum terjun laut Lelaki tinggal kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum terjun laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637565716_TBBTERJUNPENANG.jpg)
Lelaki tinggal kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum terjun laut
Mangsa dari Kuala Lumpur telah meninggalkan kereta bersama barangan peribadi di jambatan itu sekitar pukul 4.40 pagi.
![PKPB Mukim 12 Barat Daya: 10 sekatan jalan raya di enam lokasi mulai tengah malam ini PKPB Mukim 12 Barat Daya: 10 sekatan jalan raya di enam lokasi mulai tengah malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51604586745_SEKATANJALANRAYA.jpg)
PKPB Mukim 12 Barat Daya: 10 sekatan jalan raya di enam lokasi mulai tengah malam ini
Polis tidak menutup laluan sepenuhnya sebaliknya hanya melaksanakan SJR di enam lokasi di daerah Barat Daya.
![Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 10 jam Ahad ini Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 10 jam Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41444881617_JambatanKeduaPulau.jpg)
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 10 jam Ahad ini
Jambatan akan ditutup mulai jam 12.01 tengah malam sehingga 10 pagi pada hari tersebut.
![Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/41393686966_295x200.jpg)
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.