Tambang baharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke KLIA2 ialah RM55, berkuat kuasa mulai 1 Jan tahun
depan, kenaikan pertama sejak pelancaran ERL pada 2002.
Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata ini ialah kadar diskaun berikutan ERL dibenarkan untuk menyemak kadar tambang kepada RM64 berdasarkan terma-terma perjanjian konsesi.
"Kami menstruktur tambang baharu dengan mengambil kira pengguna kami. Kami mengakui peningkatan kos sara hidup ialah satu cabaran dan kami sedang mencari jalan menawarkan pilihan tambang kepada pelanggan kami," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata semakan itu diluluskan oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selaras dengan Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Penumpang yang membeli tiket melalui dalam talian, aplikasi mudah alih dan daripada kiosk ERL akan menikmati diskaun 10 peratus, manakala mereka yang menggunakan kad Touch 'n Go akan menikmati penjimatan 10 peratus semasa tempoh promosi.
Untuk pengguna TravelCard, mereka akan menikmati diskaun 17 peratus - 83 peratus dengan purata diskaun 45 peratus sementara warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) akan terus menikmati diskaun 30 peratus tambang sehala bagi KLIA Transit, kata beliau.
Beliau berkata mereka yang membeli tiket pergi-balik antara KL Sentral dan KLIA/KLIA 2 akan menikmati penjimatan RM10.
Noormah berkata semakan tambang itu akan memastikan ERL terus beroperasi dan mengekalkan perkhidmatannya pada tahap optimum bagi menampung jumlah penumpang yang meningkat.
"Menjelang Mei tahun depan, enam tren baharu akan diserahkan dan ini akan meningkatkan kapasiti ERL sebanyak 50 peratus," katanya.
Orang ramai boleh menyemak struktur tambang baharu dengan melayari www.KLIAekpres.com dan papan notis di stesen-stesen ERL.
Bernama
Wed Dec 02 2015
![Kadar tambang baharu ERL dari stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 RM55 Kadar tambang baharu ERL dari stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 RM55](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71449018768_ERL.jpg)
Orang ramai boleh menyemak struktur tambang baharu dengan melayari www.KLIAekpres.com dan papan notis di stesen-stesen ERL. - Gambar fail
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
![ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715897925_ExpressRailLink.jpg)
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
![ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713531018_KhairulFirdausAkba.jpg)
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
![Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709021288_TBHasbiHabibollah.jpg)
Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan
ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan.
![Caj servis penumpang kepada ERL tak dibayar mulai 2029, harga tiket ikut pasaran - Anthony Loke Caj servis penumpang kepada ERL tak dibayar mulai 2029, harga tiket ikut pasaran - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705985315_AnthonyLokeMOTE.jpg)
Caj servis penumpang kepada ERL tak dibayar mulai 2029, harga tiket ikut pasaran - Anthony Loke
ERL tidak bercadang naikkan kadar tambang semasa menjelang 2029.
![ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692962855_Tren.jpg)
ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos
Menurut ERL, untuk mendapatkan tambang istimewa ini, pengguna perlu membeli tiket di kaunter tiket KL Sentral sahaja.
![ERL sambung semula perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit 3 Jan tahun depan ERL sambung semula perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit 3 Jan tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671119233_trenbaharu.jpg)
ERL sambung semula perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit 3 Jan tahun depan
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menyambung semula perkhidmatan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Ekspres dan KLIA Transit dari 3 Jan 2023 untuk menampung peningkatan jumlah penumpang.
![ERL tambah kekerapan perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit ERL tambah kekerapan perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637770913_trenbaharu.jpg)
ERL tambah kekerapan perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit
ERL yang mengendalikan KLIA Ekspres dan KLIA Transit meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren mulai 1 Ogos bagi menampung peningkatan jumlah penumpang.
![ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637770913_trenbaharu.jpg)
ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia
ERL hari ini melancarkan promosi baharu Jom Cuti-Cuti Malaysia eksklusif untuk rakyat Malaysia dengan kerjasama MOTAC dan Tourism Malaysia.
![25 kakitangan ERL bantu operasi Makkah Metro 25 kakitangan ERL bantu operasi Makkah Metro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650267958_KAKITANGANERL.jpg)
25 kakitangan ERL bantu operasi Makkah Metro
Ini merupakan tahun kesembilan penglibatan ERL dalam memberikan sokongan operasi kepada Makkah Metro sejak 2012.
![ERL sasar 8,000 penumpang melalui promosi 'ERL RM1 Joyride Weekend' ERL sasar 8,000 penumpang melalui promosi 'ERL RM1 Joyride Weekend'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71638005950_TBerl.jpg)
ERL sasar 8,000 penumpang melalui promosi 'ERL RM1 Joyride Weekend'
Usaha itu bertujuan menggalakkan dan memulihkan keyakinan orang ramai untuk kembali menggunakan pengangkutan awam.