KUALA LUMPUR: Kadar inflasi yang rendah di negara ini didorong oleh inisiatif dan langkah proaktif kerajaan menyediakan subsidi bagi mengekang inflasi serta memastikan Keluarga Malaysia tidak terlalu terbeban dengan cabaran kos sara hidup.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pada masa ini, kadar inflasi di sesetengah negara di peringkat serantau dan global mencatatkan paras yang lebih tinggi berbanding Malaysia.
"Kadar inflasi di negara ini akan mencecah ke paras yang lebih tinggi iaitu sehingga 10.6 peratus sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan dan kesan pelaksanaan subsidi, serta strategi di bawah Dasar Monetari Negara menjadikan kadar inflasi negara kekal pada paras terkawal," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai prestasi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dalam menangani kenaikan kadar inflasi, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Nanta turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan subsidi kerajaan untuk beberapa barang keperluan asas ditarik balik, sebaliknya jumlah pemberian subsidi terus meningkat.
Dalam pada itu, beliau berkata penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang bersifat kerjasama sinergi rentas kementerian bertujuan menangani kos sara hidup dan mengawal kadar inflasi.
Antara yang dilaksanakan pasukan khas itu ialah memperluaskan program Jualan Murah Keluarga Malaysia melibatkan 512 kawasan Dewan Undangan Negeri dengan rakyat boleh mendapatkan barangan sehingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran setempat.
Harga murah itu ialah manfaat secara langsung subsidi harga melibatkan peruntukan RM100 juta, katanya.
Nanta berkata turut dilaksanakan ialah kawalan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol secara harga siling bergerak berdasarkan harga minyak sawit mentah dunia.
Selain itu, kerajaan turut meneruskan kawalan harga ayam dan telur ayam serta pemberian subsidi penternakan sebanyak RM1.1 bilion dan memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di bawah inisiatif Bakul Makanan Siswa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjawab soalan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Inflasi Malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Subsidi bersasar RON95 boleh pengaruhi trend inflasi Malaysia - Pakar
Kadar inflasi Malaysia yang berkurangan kepada 1.9 peratus pada Ogos 2024 telah menimbulkan kebimbangan mengenai implikasi mekanisme subsidi bersasar RON95.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
MIDF semak semula unjuran kadar inflasi 2024 kepada 2.7 peratus
MIDF Research berpendapat kerajaan mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyelaraskan mekanisme pengagihan subsidi dan harga bahan api.
Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
'Rasionalisasi subsidi bahan api, kenaikan cukai perkhidmatan berpotensi lonjak inflasi 2024'
Rasionalisasi subsidi bahan api dan peningkatan cukai perkhidmatan berpotensi mendorong inflasi tahun ini ke paras 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2.5% tahun lalu, kata RHB Investment.
Hiperinflasi tidak pernah berlaku di Malaysia - Kementerian Ekonomi
Hiperinflasi tidak pernah terjadi di Malaysia dan kerajaan berharap keadaan itu tidak akan berlaku, menurut Kementerian Ekonomi.