SIBU: Jadual kadar harga kerja bagi kontraktor G1-G4 telah dinaikkan mengikut kos bahan dan perkhidmatan yang telah meningkat, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Justeru katanya tiada alasan kontraktor terbabit untuk tidak melaksanakan kerja dengan baik yang membabitkan 457 kerja bernilai RM300 juta di seluruh negara.
Beliau berkata kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun.
"Oleh kerana itu kerajaan memang mengharapkan semua kerja ini akan disempurnakan dengan baik. Tidak boleh lagi dikatakan harga kerja tidak berpatutan atau tidak dapat menampung kos yang terlibat dan sebagainya kerana kita dah buat peningkatan dalam jadual kerja kepada kerja-kerja yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan Undi Kerja Berkala Bagi Kontraktor G1-G4 Di Bawah Kontrak Penyenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Sarawak Tahun 2024 di sini hari ini.
Dalam ucapannya sebelum itu beliau berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan bagi Kerja-Kerja Penyenggaraan Kontraktor G1 hingga G4 Di Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia berjumlah RM300 juta menerusi Belanjawan 2024.
Beliau berkata sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk Semenanjung bagi 336 kerja manakala RM100 juta diperuntukkan untuk Sarawak, Sabah dan Labuan bagi 121 kerja.
Program cabutan undi hari ini melibatkan 64 kerja di Sarawak iaitu 41 kerja berkala 'pavement' berjumlah RM42.5 juta dan 23 kerja berkala bukan 'pavement' berjumlah RM7.5 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024

Nanta berkata, kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun. - Gambar fail/Bernama
SPR tentukan tarikh PRK DUN Ayer Kuning hari ini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak esok susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Dua remaja lepasan SPM maut, tiga parah kereta terbabas langgar penghadang jalan
Kemalangan melibatkan lima mangsa lelaki berusia 18 tahun, di mana dua daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

Kadar harga dinaikkan, kontraktor perlu buat kerja sempurna - Nanta
Kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun.