Seorang jurutera kanan yang hobinya menyimpan pelbagai hidupan liar dilindungi termasuk harimau belang dan buaya di rumahnya, hari ini didenda RM550,000 dan empat bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memiliki spesies hidupan liar itu.
Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Taha Abd Wahab, 51, selepas tertuduh mengekalkan pengakuan bersalahnya terhadap sembilan pertuduhan memiliki spesies hidupan liar yang dilindungi itu.
Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), jumlah denda itu adalah yang tertinggi pernah direkodkan jabatan itu setakat ini.
Bagi pertuduhan pertama menyimpan seekor harimau belang betina, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM300,000 dan empat bulan penjara serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 19 Okt 2016 dan jika gagal membayar denda dia boleh dipenjara selama 12 bulan.
Bagi pertuduhan kedua menyimpan seekor kucing batu, dia didenda RM80,000 atau enam bulan penjara manakala pertuduhan ketiga dan keempat iaitu menyimpan seekor burung helang merah dan seekor burung gagak gunung, lelaki itu didenda RM50,000 atau enam bulan penjara dan RM30,000 atau enam bulan penjara.
Tertuduh juga didenda RM30,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan menyimpan dua ekor burung Murai Jambul Putih.
Pertuduhan keenam sehingga kesembilan iaitu menyimpan seekor buaya jenis Schneider's Dwarf Caiman, seekor pelanduk, seekor burung Tiong Mas dan seekor burung Murai Batu, tertuduh didenda RM15,000 atau tiga bulan penjara bagi setiap pertuduhan.
Bapa kepada empat orang anak itu membayar kesemua denda tersebut.
Ketika rayuan, peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda dan penjara minimum dengan alasan tertuduh yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan telah insaf dan berjanji tidak akan membela apa-apa binatang tanpa lesen lagi.
"Anak guam saya telah direman selama tiga hari dan ia merupakan pengalaman yang menakutkannya. Dia juga akur dengan kejahilannya sendiri yang terlalu menyayangi binatang sehingga membelanya tanpa lesen dan memakan dirinya sendiri," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhilitan Ainul Mardiyah Mohd Ali bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat mengambil kira hidupan liar yang terlibat adalah daripada kategori 'dilindungi sepenuhya' yang merupakan aset negara.
"Tindakan tertuduh yang menyimpan hidupan liar dilindungi ini akan memberi impak pada masa hadapan, yang mana ia telah melanggar serta mengganggu ekosistem hidupan liar. Jika spesies ini tidak dijaga atau dipelihara ia menjurus ke arah kepupusan," katanya.
Tegas Ainul Mardiyah, menyimpan hidupan liar tanpa permit yang sah tidak kira atas alasan hobi atau minat, perlulah mengikut prosedur.
Alasan tertuduh tidak mengetahui prosedur adalah tidak berasas kerana tertuduh seorang jurutera yang berpendidikan dan telah matang sepatutnya mengetahui perkara itu, katanya.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di rumahnya di Batu 13 3/4 Jalan Sekolah, Kampung Gahal Jaya, Hulu Langat di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 19 Okt lalu.
Kesemua haiwan itu adalah hidupan liar dilindungi dibawah Jadual Pertama, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017
Seorang jurutera kanan yang hobinya menyimpan pelbagai hidupan liar dilindungi didenda RM550,000 dan empat bulan penjara. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Jurutera kanan simpan hidupan liar dipenjara, denda lebih setengah juta
Seorang jurutera kanan yang hobinya menyimpan pelbagai hidupan liar dilindungi termasuk harimau belang dan buaya di rumahnya, hari ini didenda RM550,000 dan empat bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen.