KAJANG: Seorang juruteknik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk muka dan lengan adik perempuannya minggu lepas.
Majistret Syahrul Sazly Md Sain membenarkan Muhamad Farhan Mat Sahid, 31, diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Nov ini untuk menjatuhkan hukuman dan penyediaan fakta kes.
Muhamad Farhan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nadiah Husna, 24, dengan menumbuk di muka dan kedua-dua lengan wanita itu di sebuah rumah di Taman Rakan di sini, 11 malam 13 Okt lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran mencadangkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana bapanya mengalami strok dan ibunya baru dibenarkan keluar hospital.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022
Muhamad Farhan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nadiah Husna, 24, dengan menumbuk di muka dan kedua-dua lengan wanita itu di sebuah rumah di Taman Rakan di sini, 11 malam 13 Okt lepas. - Gambar hiasan
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
Juruteknik mengaku bersalah tumbuk muka, lengan adik perempuan
Seorang juruteknik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk muka dan lengan adik perempuannya minggu lepas.