ARAU: Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 pagi sewaktu mangsa berusia 31 tahun itu mahu keluar bekerja.
Menurut Ahmad Mohsin, siasatan mendapati berlaku pertengkaran antara suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dengan isterinya yang juga jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar di ruang tamu kerana suspek menuduh isterinya itu curang.
Katanya, suspek berusia 38 tahun yang merupakan pesara tentera itu kemudian bertindak menikam mangsa dengan sebilah pisau di bahagian dada sebelah kiri.
"Selepas menikam mangsa, suspek memindahkan isterinya yang tidak sedarkan diri ke dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.
"Suspek kemudiannya bertindak menghantar dua anak mereka masing-masing berusia lapan dan 10 tahun ke rumah pengasuh sebelum menyerahkan diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sekitar pukul 10 pagi tadi," katanya di sini, pada Sabtu.
Susulan itu polis melakukan siasatan ke atas rumah berkenaan dan menemui mangsa yang ditutup dengan selimut tebal di dalam bilik tidur utama. Pemeriksaan lanjut menemui satu kesan tikaman pada bahagian dada kiri mangsa sedalam kira-kira dua sentimeter.
Menurut Ahmad Mohsin, suspek telah ditahan dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelasnya lagi polis akan mendapatkan permohonan reman ke atas suspek di Kompleks Mahkamah Kangar esok.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Sep 30 2023
![Jururawat maut ditikam suami angkara cemburu Jururawat maut ditikam suami angkara cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61696063372_tikamisterikedah.jpg)
Polis menjalankan siasatan di rumah yang menjadi lokasi pembunuhan seorang wanita di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu. - Gambar/ Astro AWANI
![Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739428519_tbAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
![Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739427472_TBRafizi.jpg)
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.
![Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426994_tbkemalanganmautt.jpg)
Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
![Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426323_tbMohamadSabu.jpg)
Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.
![Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739426519_GoogleGeminiLive.jpg)
Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia.
"Pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi" - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Kerajaan tetap komited terus beri subsidi dan insentif pada pesawah seperti bayaran insentif upah baja, bantuan racun bagi mengawal penyakit tanaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kalau terjerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar" - Timbalan Speaker
Kekocahan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Shah Alam menyuarakan semasa perbahasaan isu pembelaan pesawah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan komited jadikan industri padi tunjang utama keterjaminan makanan negara - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan komited untuk menjadikan industri padi sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu dari semua pihak
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"AI pada ketika ini sangat rancak digunakan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata platfom media sosial juga berusaha untuk menangani masalah penyalahgunaan AI
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kita dapati ada yang beberapa platfom yang sering kali di salah guna" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata beberapa langkah yang telah diambil termasuk mengenakan menarik balik exemption oder (pas diplomat) yang memerlukan platfom memenuhi syarat seperti mendaftar dengan MCMC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Bunuh isteri kerana enggan dipeluk Bunuh isteri kerana enggan dipeluk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736225141_garisanpolis.jpg)
Bunuh isteri kerana enggan dipeluk
Seorang lelaki dari Kabupaten Kepulauan Tanimbar, Maluku, hilang pertimbangan apabila tergamak menikam isterinya sehingga maut hanya kerana mangsa enggan dipeluk.
![Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjara enam tahun, dua sebatan Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjara enam tahun, dua sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732697469_TBCourtHammer.jpg)
Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjara enam tahun, dua sebatan
Seorang penghantar makanan dihukum penjara enam tahun dengan dua sebatan selepas mengaku bersalah menikam isteri dan anak kandungnya.
![Polis tahan lelaki tikam isteri dengan batang besi Polis tahan lelaki tikam isteri dengan batang besi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718184729_Polistahanlelaki.jpg)
Polis tahan lelaki tikam isteri dengan batang besi
Mangsa berusia 48 tahun ditemui terbaring di kawasan garaj rumahnya dengan tiga kesan tikaman di dada dan kecederaan di bahagian kepala.
![Lelaki maut terjatuh dari tingkat 17 kondominium selepas tikam isteri Lelaki maut terjatuh dari tingkat 17 kondominium selepas tikam isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703940930_LogoPDRM.jpg)
Lelaki maut terjatuh dari tingkat 17 kondominium selepas tikam isteri
Suspek dilaporkan bertengkar dengan isterinya sebelum bertindak menikamnya dengan menggunakan sebilah pisau.
![Lelaki maut terjun tingkat 17 lepas tikam isteri - Polis Lelaki maut terjun tingkat 17 lepas tikam isteri - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681898880_AshariAbuSamah.jpg)
Lelaki maut terjun tingkat 17 lepas tikam isteri - Polis
Ketika pergaduhan berlaku, beliau berkata suspek lelaki berusia 44 tahun bertindak menikam isterinya, 37, di bahagian dada.
![Punca kematian jururawat akibat luka tikaman hingga ke hati, pembuluh darah Punca kematian jururawat akibat luka tikaman hingga ke hati, pembuluh darah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696247228_Munirahtikam.jpg)
Punca kematian jururawat akibat luka tikaman hingga ke hati, pembuluh darah
Punca kematian jururawat yang dipercayai ditikam suaminya adalah disebabkan luka tikaman hingga ke hati dan bahagian dalaman pembuluh darah.
![Jururawat maut ditikam: 'Saya maafkan, tapi mahu hukuman setimpal' - Kakak Jururawat maut ditikam: 'Saya maafkan, tapi mahu hukuman setimpal' - Kakak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696150884_kestikamisterika.jpg)
Jururawat maut ditikam: 'Saya maafkan, tapi mahu hukuman setimpal' - Kakak
Kakak kepada jururawat yang ditemukan maut dipercayai ditikam suami di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, semalam mahukan pembelaan dan hukuman seadilnya dikenakan terhadap pembunuh adiknya itu.
![Jururawat maut ditikam suami angkara cemburu Jururawat maut ditikam suami angkara cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61696063372_tikamisterikedah.jpg)
Jururawat maut ditikam suami angkara cemburu
Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.
![Tikam isteri akibat cemburu, suspek berdepan hukuman mati Tikam isteri akibat cemburu, suspek berdepan hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680995577_SuspekTikamIsteri.jpg)
Tikam isteri akibat cemburu, suspek berdepan hukuman mati
Mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I menggunakan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2.21 petang.
![Pemandu lori mengaku bersalah tikam isteri, ibu mentua Pemandu lori mengaku bersalah tikam isteri, ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656490634_TBtikamisteri.jpg)
Pemandu lori mengaku bersalah tikam isteri, ibu mentua
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan mencederakan ibu mentua dan isteri menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kematian.