PUTRAJAYA: Terdapat kira-kira RM11 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) milik awam yang masih belum dituntut setakat Mac lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah menerima serahan WTD selaras dengan Seksyen 8 Akta Wang Tak Dituntut (Akta 370) daripada syarikat atau firma berjumlah kira-kira RM14.1 bilion dari tahun 1977 sehingga bulan lepas.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira RM3.2 bilion telah dibuat bayaran balik kepada empunya seperti akaun simpanan, insurans dan deposit, katanya.
"Sebahagian besar daripada RM11 bilion WTD ini, kerajaan laburkan dalam simpanan tetap selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957, (dan) faedah yang diperoleh (daripada simpanan tetap) diakaunkan ke Akaun Hasil Disatukan.
"Daripada simpanan tetap itu, kita dapat faedah RM250 juta dan wang itu kita guna untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke JANM di sini hari ini.
Ahmad berkata WTD ditakrifkan sebagai wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa lebih setahun, wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh lebih tujuh tahun, dan wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga dalam satu tempoh masa lebih dua tahun.
Pemilik WTD diseru supaya menuntut wang masing-masing dengan mengemukakan permohonan melalui portal eGUMIS, kaunter JANM di seluruh negara atau melalui mel yang dihantar terus ke pejabat WTD Putrajaya.
Menurutnya, portal eGUMIS yang dilancarkan pada 2020 menerima kira-kira 17.2 juta pelawat setakat bulan lepas dengan bilangan pengguna berdaftar adalah hampir 4.4 juta pengguna.
"Dalam tempoh sama, sebanyak 354,912 permohonan tuntutan WTD dalam talian telah diterima dan daripada jumlah itu, sebanyak RM199 juta amaun tuntutan WTD telah diproses," katanya.
Ahmad berkata JANM sedang membangunkan aplikasi mudah alih eGUMIS Mobile yang dijangka boleh mula digunakan pada suku keempat tahun ini.
Beliau berkata kerajaan juga berhasrat meminda Akta 370, antaranya cadangan pindaan terhadap tempoh pindahan ke Akaun Hasil Disatukan dari 15 tahun ke 10 tahun, takrifan semula WTD menurut Seksyen 8(a) dan 8(c) Akta 370, dan amaun denda yang dikenakan pada syarikat atau firma bagi ketidakpatuhan.
"Akta ini terlalu lama tak dipinda maka kita cadangkan untuk dipinda," katanya dan menambah bahawa kerajaan menjangka dapat membentangkan pindaan akta berkenaan pada hujung tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023

AHMAD: Daripada jumlah tersebut, kira-kira RM3.2 bilion telah dibuat bayaran balik kepada empunya seperti akaun simpanan, insurans dan deposit. -Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Op Selamat 24 bermula 29 Mac Sehingga 3 April 2025
6,957 pegawai dan anggota trafik bertugas sepanjang Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April 2025.
AWANI Borneo [23/3/2025] – Banjir | Bernilai RM740,500 | Pembangunan
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan.
- Sekolah terjejas banjir akan dibaik pulih segera.
- Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal.
- Jambatan Jepak-Bintulu dibuka.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Sekolah terjejas banjir akan dibaik pulih segera.
- Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal.
- Jambatan Jepak-Bintulu dibuka.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Tindakan dan langkah segera selesaikan masalah banjir
Ikuti temubual bersama Pengarah Pejabat Pelestarian Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Fadhil Mohd Din, membincangkan tentang tindakan dan langkah segera penyelesaian masalah banjir.
Jambatan Jepak-Bintulu dibuka, tingkat ekonomi rakyat setempat
Selepas enam tahun dibina, jambatan ikonik Jepak-Bintulu dibuka kepada orang ramai sekaligus menjadi meru tanda pembangunan penduduk setempat.
Kebolehpasaran graduan TVET capai 99 peratus - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan bahawa tumpuan pada masa ini adalah TVET yang menyeluruh dan kursus-kursus relevan perlu diperhalusi mengikut kehendak pasaran.
Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara
Sabah dan Sarawak antara 12 negeri diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada Ahad.
Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal
Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Briged Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ayam sejuk beku tanpa dokumen sah dalam operasi di Pusat Pemeriksaan Jalan (RCP) Sapi Nangoh.
Pangkalan TLDM akan dibina ke Muara Tebas
Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sebelum ini dirancang di Samalaju, Bintulu akan dipindahkan di satu tapak baharu di Bandaraya Kuching.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, pangkalan yang turut menempatkan Markas Wilayah Laut 4 atau Mawilla 4 itu akan dibina di Muara Tebas, yang tapaknya sudah mendapat kelulusan kerajaan Sarawak.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, pangkalan yang turut menempatkan Markas Wilayah Laut 4 atau Mawilla 4 itu akan dibina di Muara Tebas, yang tapaknya sudah mendapat kelulusan kerajaan Sarawak.

Mangsa banjir di tiga negeri terus menurun petang ini
Keadaan banjir di Johor, Sarawak dan Sabah bertambah baik pada petang ini apabila jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang kepada 5,808 orang.

Tunku Mahkota Ismail berangkat melawat mangsa banjir
Tunku Ismail turut meluangkan masa menyantuni sukarelawan pembersihan di pekarangan Masjid Taman Tampoi Indah.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.